99 aduan pokok tumbang di Seberang Perai
Oleh Nur Izzati Mohamad - September 18, 2024 @ 7:44pm[email protected]
BUKIT MERTAJAM: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menerima 99 aduan berhubung kejadian pokok tumbang susulan ribut yang melanda hari ini.
Berdasarkan kenyataan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, ketika ini 29 aduan sudah diselesaikan dan 70 aduan lagi masih dalam tindakan.
Katanya, kesemua pasukan dan logistik MBSP telah digerakkan di seluruh Seberang Perai bagi kerja-kerja pengalihan dan pembersihan sisa-sisa pokok tumbang ke tapak pelupusan.
"Sehingga jam 4.24 petang tadi, kerja-kerja mengalihkan dan membersihkan pokok tumbang serta dahan patah dijalankan oleh skuad pantas MBSP sehingga semua kawasan terbabit kini selamat digunakan orang awam,"'katanya.
Tegasnya, MBSP kini bertungkus lumus menyelesaikan semua aduan berkaitan yang diterima.
"Sejak semalam, MBSP telah menerima 75 aduan pokok tumbang yang 60 aduan telah diambil tindakan oleh MBSP melalui kaedah potong dan ubah manakala 15 aduan lagi diselesaikan pada hari ini.
"Namun, pada hari ini juga, MBSP telah menerima 99 lagi aduan kejadian pokok tumbang.
Sementara itu, orang ramai yang ingin memaklumkan kejadian pokok tumbang diminta menghubungi Talian Bebas tol MBSP 1-800-88-6777.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1300017/99-aduan-pokok-tumbang-di-seberang-perai
|