View: 26785|Reply: 11
|
Kolesterol tinggi, jantung pelawak Singapore ‘Phua Chu Kang’ berhenti berdegup 30 saat
[Copy link]
|
|
BAGAI mati hidup semula. Itulah yang dirasai oleh pelawak yang terkenal dengan watak Phua Chu Kang, Gurmit Singh apabila jantungnya pernah berhenti berdegup selama lebih 30 saat.
Gurmit atau nama lengkapnya Gurmit Singh Virk Chainchal Singh, 59, memberitahu, kejadian yang berlaku pada 2017 itu bermula dengan insiden dia gagal mengingati sesebuah lokasi.
Otak saya tiba-tiba seperti ‘shutdown’ sampai tidak tahu di mana saya berada. Kemudian isteri saya telefon bertanyakan tentang keberadaan saya.
“Saya jawab tidak tahu, tetapi tempat ini dipenuhi dengan lokar. Kemudian saya baru sedar yang berada di gim. Tetapi, anehnya saya tidak dapat mengingati bagaimana saya boleh berada di sana.
“Selepas membuat pemeriksaan MRI (pengimejan resonans magnetik), saya kemudian berjumpa dengan parkar neurologi (saraf) dan pakar kardiologi (jantung). Ketika sedang mendapat rawatan jantung saya tiba-tiba berhenti lebih 30 saat,” katanya.
Gurmit yang ditemui dalam majlis sidang media Phua Chu Kang: The Greatest Show Man di sini hari ini, memberitahu, kejadian itu membuatkan dia berasa bersyukur kerana masih dapat meneruskan hidup sehingga ke hari ini.
“Setiap hari selepas bangun saya sentiasa bersyukur kepada Tuhan kerana beri saya peluang untuk hidup lagi.
Kita semua tidak tahu bila kita akan mati. Jadi setiap hari saya menjalani hari saya dengan penuh semangat dan positif, kerana bila-bila masa saja kita akan mati,” katanya.
Pelawak dari Singapura itu turut memberitahu, dia sebelum ini pernah mengalami tahap kolestrol tinggi dalam badan sehingga dikhuatiri mengancam nyawa.
“Pada 2002 tahap kesihatan saya agak teruk dan waktu itu saya kerap muntah. Setelah buat pemeriksaan kesihatan doktor mengatakan tahap kolestrol saya tinggi.
Awalnya saya tidak percaya kerana rasa badan sihat. Tetapi, selepas dinasihati doktor saya mula mengamalkan diet seimbang, melakukan aktiviti sukan dan rajin ke gim,” katanya.
Untuk info Phua Chu Kang: The Greatest Show Man yang dibawakan oleh Popcorn Studio Sdn Bhd merupakan pementasan komedi berdiri oleh Gurmit sebagai Phua Chu Kang di HGH Convention Centre Sentul.
Selain Gurmit, persembahan yang dijangka berlangsung selama dua jam 30 minit itu turut dihiburkan dengan pelawak Russell Curtin dan Rizal Van Geyzel.
Sumber – HIBGLAM |
|
|
|
|
|
|
|
Tua dah dia. Dulu zaman sekolah selalu tgk cerita pck tu |
|
|
|
|
|
|
|
Muka still maintain lagi,rambut je yg beza |
|
|
|
|
|
|
|
Nostalgia sgt. Teringat zaman sekolah dulu |
|
|
|
|
|
|
|
takut plak. Dulu ada check doc ckp tinggi sket. Terkejut sbb badan kurus ja hehe. Igtkan no prob. |
|
|
|
|
|
|
|
orang kurus la ramai kena kolestrol tggi |
|
|
|
|
|
|
|
walaun pun dia singh, tp tak ada iras bengali sgt.
30 saat tu lama gak tu.. cuak iols baca! |
|
|
|
|
|
|
|
tak silap pak dia benggali, mak dia jepun...
tapi rupa Gurmit Singh ni mmg nampak cina sgt...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu bapak dia letak nama Gurmit Singh kalau tak takde sape tahu bapak dia indian singh, muka oriental sangat.. mak dia chinese+japanese.. hujung2 dia convert christian.. |
|
|
|
|
|
|
|
ohhhh citenya.. igt maknya chinese sporean..
tq atas pencerahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
seram la bila umur menginjak ni tp makanan malaysia sedap2 ....jagalah kesihatan..exercise 30 min setiap hari. btw kuat btul gen mak dia ya tak nampak muka Bai langsung. |
|
|
|
|
|
|
| |
|