CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35038|Reply: 1

[Kedah] Aktiviti pecah rumah Geng Ah Boon tumpas

[Copy link]
Post time 5-9-2024 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Aktiviti pecah rumah Geng Ah Boon tumpas


Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Sungai Petani: Geng Ah Boon yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan samun di sekitar daerah ini sejak enam bulan lalu tumpas apabila empat ahlinya berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mereka yang ditahan termasuk dalangnya berusia 33 tahun dalam serbuan berasingan dari 27 Ogos hingga 1 September lalu.

Menurutnya, menerusi Op Pintu/Lejang pada 27 Ogos lalu, polis mengesan suspek selepas menerima video awam berhubung kejadian pecah rumah dan curi kenderaan di Taman Setia Jaya, di sini.

"Berdasarkan video berkenaan, polis berjaya mengesan dua suspek berusia 29 dan 33 tahun sebelum menahan mereka dalam tempoh lima jam.

"Susulan itu, kita merampas pelbagai barangan termasuk kereta Honda Accord dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu, enam telefon bombit, 51 alat pecah rumah, 27 utas jam tangan pelbagai jenama, dua kamera litar terttutup (CCTV) dan tiga kunci kereta.

"Sebuah komputer riba, lima beg tangan, teropong, 14 produk kesihatan, wang tunai RM1,811, empat gelang tangan emas dan enam botol minyak turut dirampas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini, hari ini.

Wan Azharuddin berkata, polis turut merampas dua vest oren dipercayai digunakan untuk menyamar sebagai kakitangan syarikat utiliti untuk masuk ke rumah mangsa.

Menurutnya, hasil soal siasat polis berjaya merampas kereta Perodua Myvi yang dilaporkan hilang dalam kejadian pecah rumah di Taman Setia Jaya pada hari berkenaan.

"Saringan ujian air kencing terhadap dua suspek iendapati mereka positif dadah jenis methampetamine.

"Suspek kedua mempunyai lapan rekod jenayah dan tiga rekod dadah manakala suspek kedua iaitu dalangnya mempunyai 21 rekod jenayah dan enam rekod dadah," katanya.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut, dua lagi suspek berusia 44 serta 45 tahun berjaya ditahan pada 29 Ogos dan 1 September lalu.

Katanya, pihaknya percaya tangkapan ke atas suspek berjaya menyelesaikan tujuh kes pecah rumah dan pejabat serta satu kes curi kenderaan di daerah ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.



Disiarkan pada: September 5, 2024 @ 1:58pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1130725/aktiviti-pecah-rumah-geng-ah-boon-tumpas




WAN Azharuddin (kiri) menunjukkan barangan yang berjaya dirampas selepas menahan Geng Ah Boon. FOTO Zuliaty Zulkiffli







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2024 07:37 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052205 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list