CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11585|Reply: 0

[Kedah] Mangsa nahas lori terbalik adalah pekerja penyelenggaraan jalan

[Copy link]
Post time 4-9-2024 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa nahas lori terbalik adalah pekerja penyelenggaraan jalan


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.





Jitra: Empat mangsa kemalangan sebuah lori terbabas dan terbalik ke dalam longkang di Kilometer 33.1 di susur keluar Lebuhraya Utara Selatan di sini, hari ini, adalah pekerja penyelenggaraan jalan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan RodziAbu Hassan berkata, kemalangan menyebabkan seorang daripada mereka iaitu pembantu penyelenggaraan jalan berusia 36 tahun maut di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa dipercayai berasal dari Jeli, Kelantan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Katanya, polis menerima maklumat berhubung kemalangan pada 7.30 pagi membabitkan sebuah lori Hino dipercayai terbabas sendiri ke dalam longkang.

"Siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu lori warga tempatan berusia 32 tahun dari arah Bukit Minyak di Pulau Pinang menghala ke Tunjang, Jitra untuk kerja-kerja pembaikan jalan.

"Sebaik sampai di lokasi kejadian, lori dipercayai hilang kawalan dan terbabas menyebabkan kenderaan itu terbalik dalam kedudukan lori separa tenggelam di dalam longkang.

"Pemandu lori dan dua lagi pekerja termasuk seorang daripadanya warga asing berjaya keluar manakala mangsa yang duduk di tempat duduk hadapan lori gagal keluar akibat tersepit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rodzi berkata, tiga mangsa yang berjaya menyelamatkan diri cedera ringan, manakala mangsa tersepit meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Jitra (HJ) untuk tujuan bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Kemalangan itu turut menyebabkan lalu lintas bergerak perlahan akibat satu lorong ditutup," katanya.

Terdahulu, media melaporkan ,seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas lori jenis Hino yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik ke dalam longkang di Kilometer 33.1 susur keluar Lebuhraya Utara Selatan, di sini hari ini.



Disiarkan pada: September 4, 2024 @ 2:04pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1130378/mangsa-nahas-lori-terbalik-adalah-pekerja-penyelenggaraan-jalan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.092164 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list