CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14096|Reply: 0

[Perlis] Wanita warga Thai dituduh edar 5kg heroin

[Copy link]
Post time 4-9-2024 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Wanita warga Thai dituduh edar 5kg heroin

Oleh Aizat Sharif - September 4, 2024 @ 12:55pm[email protected]







Wanita warga Thailand, Aunchan Houbjoo, 30, berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 5.252 kilogram (kg) di Padang Besar pada 28 Ogos lalu. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir






KANGAR: Seorang wanita warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 5.252 kilogram (kg) di Padang Besar pada 28 Ogos lalu.

Tertuduh, Aunchan Houbjoo, 30, dari Bangkok hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Siam di hadapan Majistret Norshahida Abdul Rahim.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Aunchan didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu heroin seberat 5.252kg di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) Padang Besar.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sekitar jam 6.40 petang pada 28 Ogos lalu dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali sebat sekiranya tidak menjalani hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala tertuduh yang tidak bekerja tidak diwakili peguam.

Norshahida menetapkan tertuduh tidak boleh dijamin memandangkan kes berkenaan membabitkan hukuman gantung sampai mati.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 20 November hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 28 Ogos lalu, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Negeri Perlis menjumpai serbuk putih yang disyaki dadah jenis heroin dengan berat lebih lima kilogram bernilai RM492,375 disembunyikan dalam ruangan khas pada dua beg tangan dan beg galas yang diletakkan dalam dua bagasi yang dibawa oleh wanita warga Thailand itu.

Cubaan menyeludup dadah itu dikesan ketika wanita itu sedang melalui bilik mesin pengimbas, Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP) di kompleks berkenaan menyebabkan anggota Kastam yang bertugas segera menahan wanita itu yang baharu sahaja tiba dari Bangkok.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1293866/wanita-warga-thai-dituduh-edar-5kg-heroin





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.035851 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list