CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13552|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua sekawan didakwa menipu urusan jual beli emas palsu

[Copy link]
Post time 4-9-2024 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Dua sekawan didakwa menipu urusan jual beli emas palsu


Nur Izzati Mohamad[email protected]







TEH (kanan) dan Ooi ketika diiringi polis ke Mahkmah Butterworth, hari ini. FOTO Danial Saad.





Butterworth: Dua sekawan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan menipu seorang lelaki untuk mempercayai dua ketulan jongkong emas yang ingin dijual mereka tulen sehingga mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM32,000.

Tertuduh, Teh Yong Yang, 33 dan Ooi Kar Hon, 42 memohon kes mereka dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, dua tertuduh yang masing-masing bekerja sebagai penjual mi goreng dan tukang kunci secara bersama-sama didakwa menipu seorang lelaki berusia 64 tahun dengan memperdayakan mangsa bahawa dua ketulan 'Swiss Gold Bar' adalah tulen.

Tindakan itu mendorong mangsa menyerahkan wang tunai keseluruhan berjumlah RM32,000 yang ia tidak akan diserahkan sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di sebuah kedai pajak gadai di Jalan Bagan Ajam dalam daerah Seberang Perai Utara pada 13 dan 14 Jun lalu, sekitar jam 12.59 tengah hari dan 11.01 pagi.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurameera Shahrul Azrin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding, Nurameera menawarkan jaminan RM10,000 terhadap setiap pertuduhan dihadapi kedua-dua tertuduh.

Kedua-dua tertuduh kemudian dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah masing-masing RM14,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Oktober depan untuk lantikan peguam serta serahan dokumen.

Sementara itu, di mahkamah sama, Teh turut berdepan dua lagi pertuduhan menipu seorang wanita berusia 45 tahun berkaitan urusan jual beli emas membabitkan kerugian berjumlah RM34,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Chain Ferry, di sini antara jam 9 pagi hingga 6.15 petang pada 14 Julai lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon kesnya dibicarakan sebelum majistret menetapkan wang jaminan RM14,000 dan tarikh sama seperti pertuduhan awal dihadapinya untuk lantikan peguam serta serahan dokumen.



Disiarkan pada: September 4, 2024 @ 12:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1130331/dua-sekawan-didakwa-menipu-urusan-jual-beli-emas-palsu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.034513 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list