CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34215|Reply: 8

Menawarkan Perkhidmatan Gelongsor Air, Terletak Dalam Pusat Beli Belah!

[Copy link]
Post time 3-9-2024 08:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by DidiAndFren at 4-9-2024 08:59 AM



Sempena meraikan ulang tahun yang ke-20, pusat beli belah the Curve telah menyediakan tarikan terbaharu dan unik buat pengunjung.

Tarikan yang diberi nama Slide the Curve itu menjadikan ianya sebagai gelongsor air di dalam pusat beli belah pertama yang ada di Malaysia.

Bermula 3 hingga 22 September ini, the Curve yang terletak di Mutiara Damansara diubah menjadi sebuah taman permainan khusus buat para pengunjung untuk mencuba pengalaman ‘slip-n-slide’ sepanjang tempoh 20 hari pembukaannya.

Gelongsor air ini secara tepatnya terletak di sekitar kawasan The Street hingga The Piazza.

Gelongsor Air Dibuka 12 Jam Setiap Hari

Malah sempena cuti sekolah yang bakal tiba, orang ramai berpeluang untuk mencuba gelongsor air berkenaan yang dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Bertemakan ‘Sun-Kissed Adventures’, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan khusus buat pengunjung.

Lebih menarik, adalah kesemua aktiviti yang disediakan sesuai untuk setiap lapisan umur bermula dari kanak-kanak hingga dewasa.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Boustead Properties Berhad di the Curve, pihaknya teruja meraikan sambutan ulang tahun ke-20 mereka dengan acara revolusioner seumpamanya.

“Perbezaan yang dibawakan oleh Slide the Curve bukan sahaja mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan keseronokan, tetapi juga dedikasi kami untuk mengeratkan lagi komuniti setempat dengan sebuah acara yang sukar untuk dilupakan.

“Sejak dibuka dua dekad lalu, the Curve telah menjadi bukan sekadar sebuah destinasi beli-belah, malahan telah berkembang sebagai sebuah tempat berkumpul yang meriah bagi komuniti setempat.

“Sejak awal lagi, pusat beli-belah berwawasan ini telah menetapkan penanda aras baharu yang melangkaui pengalaman pusat beli-belah ‘round-the-block’,” jelasnya.

Tawaran Istimewa Menanti Pengunjung

Sempena sambutan ini juga, the Curve menawarkan tawaran istimewa dan eksklusif yang menanti pengunjung antaranya seperti kod promosi serta pengalaman yang menyeronokkan di SpyGame dan Hauntu pada kadar diskaun yang menarik.

Malah buat pemegang gelang tangan slide the Curve, anda boleh mendapat tawaran beli belah eksklusif dan promosi di kedai yang mengambil bahagian di pusat beli-belah berkenaan.

Pada masa yang sama, Hotel Royale Chulan juga turut menawarkan pakej inap yang lengkap dengan kod promosi gelongsor air berkenaan.
Pembeli Bertuah Berpeluang Menang RM150,000 & Sebuah Kereta

The Curve turut menganjurkan cabutan bertuah istimewa buat pembeli sempena bulan istimewa ini.

Buat pelanggan yang berbelanja RM500 bagi dua resit, mereka layak untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM150,000 termasuk sebuah kereta.

Manakala, bagi mereka yang berbelanja RM250 ke atas boleh menebus barangan edisi terhad sempena ulang tahun kelahiran yang ke-20.
Tiket Dijual Dengan Harga Serendah RM38 Bagi Kanak-Kanak & RM48 Bagi Dewasa

Buat pengunjung yang berminat untuk mencuba gelongsor air berkenaan, anda boleh mendapatkan tiket dengan harga di bawah.

Hari Biasa

Dewasa: RM48
Kanak-Kanak: RM38

Hujung Minggu

Dewasa: RM53
Kanak-Kanak: RM43

Sebarang info lanjut mengenai tiket atau apa sahaja info tentang Slide the Curve, anda boleh melayari https://www.ticket2u.com.my/event/37087/slide-the-curve.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2024 01:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2024 08:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2024 08:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2024 08:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2024 08:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-9-2024 08:27 PM | Show all posts
  


https://www.instagram.com/trpmsia/reel/C_c7PE1JvAB/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2024 08:27 PM | Show all posts
  


https://www.instagram.com/hypemy/reel/C_c3rsYyCBB/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2024 11:39 PM | Show all posts
  


https://www.instagram.com/trpmsia/reel/C_cUNftpnNg/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.064947 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list