CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19831|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Kalau masuk mahkamah, kita jawab di mahkamah' - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 3-9-2024 01:27 PM | Show all posts |Read mode
'Kalau masuk mahkamah, kita jawab di mahkamah' - Kon Yeow


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - September 3, 2024 @ 1:21pm [email protected]







Chow Kon Yeow





GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang bersedia sekiranya kerajaan Kedah mahu membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah ke mahkamah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata terpulang kepada Kedah untuk mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara itu dapat diputuskan oleh mahkamah.

"Jawapan saya sama juga, terpulang kepada Kedah untuk ambil tindakan sewajarnya dan kita akan respons dengan sewajarnya.

"Kalau cuma cakap, kita jawab cakap sahaja, itulah kalau masuk ke mahkamah kita akan jawab dalam mahkamah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Hotel Warisan 1926 antara Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Jetblue Sdn Bhd.

Dalam perkembangan sama, Kon Yeow ketika ditanya peluang bagaimana beliau melihat kes itu akan memihak kepada Pulau Pinang berkata, terdapat pelbagai undang-undang termasuk konvensyen antarabangsa yang mengawal penggunaan sumber air.

"Akhirnya mahkamah perlu memutuskan tapi memang ada pelbagai undang-undang serta konvensyen antarabangsa yang mengawal penggunaan sumber air melibatkan lebih satu negara mahupun negeri," katanya.

Semalam media melaporkan, Kedah akan membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah daripada Pulau Pinang ke mahkamah.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, dilaporkan berkata tindakan itu dibuat selepas Kon Yeow meminta kerajaan negeri itu berbuat demikian supaya ia boleh diputuskan mengikut undang-undang.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan Kedah akan terus menuntut bayaran caj air mentah dari Pulau Pinang yang ketika ini mengambil 84 peratus sumber airnya dari Sungai Muda, Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Kedah, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria, berkata negeri jiran itu masih gagal membuat bayaran walaupun satu sen kepada Kedah biarpun tuntutan dibuat sejak 2010.

Susulan itu, Kon Yeow memaklumkan, kerajaan Pulau Pinang tidak pernah menerima tuntutan melalui proses perundangan mahkamah berhubung isu berkenaan walaupun sudah lama dibangkitkan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1293421/kalau-masuk-mahkamah-kita-jawab-di-mahkamah-kon-yeow






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.916126 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list