CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21718|Reply: 0

[Perlis] Penganggur didakwa miliki kelengkapan senjata api, pistol tiruan

[Copy link]
Post time 3-9-2024 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Penganggur didakwa miliki kelengkapan senjata api, pistol tiruan


Oleh Aizat Sharif - September 3, 2024 @ 12:10pm [email protected]







Tertuduh, Tan Ying Hao dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Kangar. - Foto NSTP/Aizat Sharif





KANGAR: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas lima pertuduhan memiliki kelengkapan senjata api dan sepucuk pistol tiruan di sebuah restoran di sini Julai lalu.

Tertuduh, Tan Ying Hao, 52, dari Kangar mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norsalha Hamzah dalam bahasa Mandarin.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Ying Hao didapati memiliki enam komponen senjata api jenis AR-15 tanpa lesen atau permit senjata yang sah.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati memiliki dua komponen senjata api jenis M-16 tanpa lesen atau permit senjata yang sah.

Selain itu bagi pertuduhan ketiga, tertuduh juga didapati memiliki 32 butir peluru tanpa lesen atau permit senjata yang sah.

Bagi pertuduhan keempat pula, Ying Hao didapati memiliki senjata berbahaya iaitu dua bilah pedang berukuran 77 sentimeter (cm) dan 61cm tanpa kebenaran yang sah, manakala bagi pertuduhan kelima pula, tertuduh didapati memiliki senjata tiruan iaitu sepucuk pistol berwarna hitam tanpa kebenaran yang sah.

Bagi kesemua pertuduhan berkenaan, Ying Hao didapati melakukan perbuatan itu di sebuah restoran di Taman Perlis, Kangar sekitar jam 12.40 tengah malam pada 15 Julai lalu.

Oleh hal demikian, bagi pertuduhan pertama hingga ketiga serta pertuduhan kelima, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 (Akta 206) di mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan keempat pula, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang boleh dipenjara tidak lebih daripada 10 tahun serta tidak kurang lima tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perlis, Jodia Poh Yi Tying, manakala tertuduh diwakili peguam, Widyaevasari Mohd Kanifiah.

Jodia dalam hujahannya memohon mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dikenakan kepada tertuduh memandangkan tertuduh turut mempunyai kes lain di Alor Setar.

Mahkamah menetapkan 11 Oktober untuk sebutan semula kes.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1293381/penganggur-didakwa-miliki-kelengkapan-senjata-api-pistol-tiruan






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.031931 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list