CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 50385|Reply: 63

Tak Menerima Tawaran, Bapa Pelajar Cemerlang Mengatakan Bukan Orang Susah!

[Copy link]
Post time 31-8-2024 05:21 PM | Show all posts |Read mode


"Saya tidak mahu terlalu bergantung harap pada orang lain. Saya bukanlah orang susah. Cuma ada ketikanya pernah berdepan waktu sukar," jelasnya.

LAMA tidak muncul, Dharma memberitahu dia ada alasan tersendiri untuk tidak lagi menerima tawaran.

Bagi Dharma Harun Al Rashid, 67, sebagai seorang anak seni dia tidak mahu hanya diberi watak sampingan tanpa memberi kesan terhadap jalan cerita sesebuah naskah.

Biarpun tidak memegang watak hero, namun dia mahu setiap karakter yang diberi kepadanya mampu menghidupkan keseluruhan karya.

"Saya tak suka kalau dipanggil berlakon hanya menjadi bapa atau datuk. Kalau boleh saya ada di situ untuk kejar sesuatu, bukan sekadar watak sampingan.

"Biarlah watak saya itu menghidupkan sesebuah cerita. Bukan nak jadi hero, tetapi sebagai watak utama," katanya kepada mStar.

Dharma ditemui ketika hadir sebagai tetamu dalam majlis doa selamat anjuran Skop Productions yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Khamis.

Kali terakhir dia berlakon adalah pada tahun 2012 menerusi filem Adik Manja Returns.

Kini lebih aktif sebagai penerbit, Dharma juga berharap dia dapat menyiapkan sebuah program berjudul Deko Ibadah untuk musim kedua sebelum menutup mata.

"Selepas Adik Manja Returns saya tidak mahu berlakon lagi. Tetapi saya juga tidak boleh berjanji, kalau badan sihat mungkin akan terima. Dalam keadaan sekarang saya pun tidak tahu bagaimana.

"Apa yang penting sebelum tutup mata (meninggal dunia), saya mahu siapkan Deko Ibadah 2. Saya nak hias rumah Allah. Itu harapan terakhir," ujarnya.

isah Dharma sebelum ini mendapat perhatian ramai selepas timbul kekeliruan antara produksi miliknya dengan sebuah stesen televisyen berhubung penyiaran program Deko Ibadah yang sudah siap menjalani penggambaran.

Susulan itu, dia juga terpaksa menanggung hutang sewa rumah disebabkan masalah kewangan selepas program tersebut tidak disiarkan oleh stesen berkenaan.

Dalam masa sama, Dharma juga berdepan masalah kesihatan sehingga menyebabkan berat badannya turun sebanyak 20 kilogram berbanding 80 kilogram sebelum itu.

"Alhamdulillah, kehidupan sekarang semakin stabil. Saya ini seorang penerbit... apa cara sekali pun kena cari duit untuk teruskan hidup.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2024 05:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi pakcik siap buat the return of filem Adik Manja lagi..

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Watak utama tak nak watak bapak2? Kau hingat kau rahim razali ker?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk watak utama... Watak utama hero atau antagonis jer sll nya kan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2024 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiyo..atok pon nak watak danish daniel minum jus oren ke? Atok gi gunting rambut dulu ye. Insya Allah sesuai la utk watak ceo berjaya holding.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
atok berlakon dlm mimpi atok je la senang
mcm2 watak utama atok boleh berangan berlakon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2024 01:31 AM | Show all posts

Betul la tu .. style drama Malaysia bila tua jer jadi bapa, jadi atok .. tak boleh ke buat jalan cerita yg dia pegang watak sbg doktor gigi ada wife mata duitan bermasalah dan punya toxic MIL? Disebabkan wife mata duitan bisness pergigian dia musnah dan dia terpaksa berkerja di klinik pergigian kawan lama.

Di klinik ini dia latih satu intern lelaki. Intern ini mak dia cleaning lady. Janda kematian suami. Darma supervisor/guru yang tegas dan tidak disukai ramai .. banyak la adingan dia marah dan tak sependapat dgn si intern. Satu hari intern ni balik lambat, mak dia dtg bawa bekalan/dinner foods ... jeng jeng jeng berjumpa la dia dgn Darma. Rupanya mereka satu sekolah satu ketika dulu.


Gituu ~ :-)

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe dia nak watak2 utama mcm watak2 yg eman manan selalu lakonkan.. eman manan selalu watak utama kan walau dh tua...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 06:10 AM | Show all posts
Samerosie replied at 31-8-2024 06:34 PM
Watak utama tak nak watak bapak2? Kau hingat kau rahim razali ker?

bagi tau sama dia. si Danish Rosyam Nor pun dah tak jadi hero. dia muka ala2 apek scenario mat pit masih nak pegang watak utama.
Terbit lah filem/drama sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah mengerepot macam limau kena jemur trngah panas taknak jadi atok2 @ bapak2... Macam la muda2 dulu pelakon hebat sangat ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 1-9-2024 01:31 AM
Betul la tu .. style drama Malaysia bila tua jer jadi bapa, jadi atok .. tak boleh ke buat jalan ce ...

Terhibur meols baca sinopsis sis


Dah Terjumpa rupa-rupanya mak intern tu ex gf kat sekolah  haa sambung plot

Apa2 je lah pakcik oiii, anak lelaki tu dah habis sekolah ke? Nie dah masuk sept
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 1-9-2024 07:00 AM
Terhibur meols baca sinopsis sis



Anak dia pelajar cemerlang hokeh

https://www.utusan.com.my/nasional/2024/08/dharma-harun-terharu-anak-cemerlang-dalam-pelajaran/
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak watak utama, tapi bukan hero, x nak watak bapak2 @ atok2..acik dharma nak jadik apa sebenarnya??
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 3chanceno at 1-9-2024 02:16 PM
Glass_shoes replied at 1-9-2024 07:21 AM
Anak dia pelajar cemerlang hokeh

https://www.utusan.com.my/nasional/2024/08/dharma-harun-terharu- ...


Okeyyyyy faham  tu ysng meols husnozon, katanya habis belajar bulan aug, lepas tu dah boleh kerja tak sabar nak tengok result pelajar yg cemerlang nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 1-9-2024 06:32 AM
Dah mengerepot macam limau kena jemur trngah panas taknak jadi atok2 @ bapak2... Macam la muda2 dulu ...

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 1-9-2024 06:10 AM
bagi tau sama dia. si Danish Rosyam Nor pun dah tak jadi hero. dia muka ala2 apek scenario mat pit ...

Entahnya. Delulu bethols ongtua ni. Walaupun iols gen x zaman dia tengah up tapi selain adik manja tu mmg tak tau dia movie apa lagi yg meletup.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok je ceo megah holding berlakon... asal dpt duit... dia nidemand lak
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh je xnak watak2 picisan.tp muka mcm sesuai watak villain.perogol ke pembunuh ke tok bomoh jahat ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.184573 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list