View: 45949|Reply: 4
|
Memeriahkan Sambutan Hari Merdeka, Membuat Perarakan Menaiki Bas!
[Copy link]
|
|
SAMBUTAN ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-67 yang berlangsung di Putrajaya pada Ahad disambut meriah oleh ramai pengunjung.
Pastinya yang menjadi tarikan adalah perarakan kereta dari pelbagai agensi serta jabatan kerajaan yang turut sama menyemarakkan semangat merdeka.
Namun antara mencuri tumpuan adalah watak Keluang Man yang sama-sama turun padang meraikan sambutan kali ini.
Ini juga pertama kali watak dalam filem dibawa sempena sambuat acara besar peringkat nasional.
Selaku penerbit filem Keluang Man Ketua Astro Shaw iaitu Raja Jastina Raja Arshad, memberitahu kesempatan ini adalah satu pengiktirafan buat industri seni tanah air.
"Ini merupakan satu langkah bersejarah apabila berpeluang menyertai salah satu acara terbesar negara buat pertama kali.
"Usaha ini adalah lambang sokongan kepada industri kreatif tempatan, sekaligus memeriahkan sambutan Hari Merdeka.
"Harapan kami dengan kemunculan individu-individu ini dapat membawa semangat baharu kepada sambutan Hari Kebangsaan, di samping merapatkan lagi hubungan di antara seni, hiburan dan masyarakat," ujarnya.
Pada acara berkenaan pelakon Nas-T atau Nas Muammar Zar muncul buat pertama kali memakai sut rasmi watak Keluang Man lakonannya itu.
Perarakan pasukan Astro Shaw turut disertai barisan pelakon filem Kahar: Kapla High Council.
Antara yang turut sama adalah Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fazziq Muqris dan Fadhli Masoot. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain muka nas t bila kurus. Bagus dia sanggup turunkan berat badan ikut tuntutan watak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan azhan rani. Sorry nasT |
|
|
|
|
|
|
| |
|