CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37492|Reply: 0

[Pulau Pinang] Rangkaian 5G kedua lonjak produktiviti pertanian

[Copy link]
Post time 29-8-2024 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Rangkaian 5G kedua lonjak produktiviti pertanian


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Ogos 29, 2024 @ 5:17pm [email protected]







Gobind meninjau ladang kontena ‘boom grow’ yang memanfaatkan teknologi 5G dalam bidang pertanian di Gurney Paragon Mall - Foto NSTP/MIKAIL ONG





GEORGETOWN: Pelancaran rangkaian 5G kedua berpotensi meningkatkan sumbangan semua sektor dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) termasuk bidang pertanian yang telah menyumbang 7.2 peratus pada suku kedua tahun ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata sektor pertanian menggunakan Internet Pelbagai Benda (IoT) yang dikuasakan 5G membolehkan automasi pintar untuk analitik pantas dan pengurusan ladang dengan lebih tepat.

Katanya, penerapan digital termasuk dalam pemantauan iklim, kelembapan tanah selain sensor yang dipasang pada haiwan ternakan boleh digunakan untuk memantau kesihatan haiwan, corak pemakanan, kitaran pembiakan bagi meningkatkan produktiviti dan pengeluaran hasil.

"Sektor pertanian di Malaysia menyumbang 7.2 peratus kepada KDNK negara pada suku kedua 2024 dan ia adalah lonjakan besar kerana bidang ini hanya menyumbang 1.7 peratus pada suku pertama tahun ini.

"Dengan mendigitalkan kaedah pertanian, saya yakin sektor itu akan dapat menyumbang lebih banyak kepada KDNK negara dengan laporan kesan 5G Tunggal di Malaysia mengunjurkan peningkatan 2.6 peratus dalam sumbangan KDNK pada 2030 bersamaan dengan RM3.5 bilion.

"Kini Kerajaan MADANI sedang dalam proses melancarkan rangkaian 5G kedua dan langkah ini pasti akan meningkatkan sumbangan semua sektor termasuk pertanian kepada negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Media pada 12 Ogos lalu melaporkan, kerajaan sedang dalam proses penilaian untuk memilih syarikat telekomunikasi (telco) yang akan membangunkan rangkaian kedua 5G negara.

Menerusi laporan berkenaan Gobind berkata proses tender untuk rangkaian kedua 5G telah ditutup pada 31 Julai lalu dan keputusan akan dibuat tidak lama lagi.

Terdahulu Gobind melancarkan perkongsian strategik antara perintis industri pertanian menegak Asia Tenggara, BoomGrow Productions Sdn Bhd (BoomGrow) dan CelcomDigi Berhad CelcomDigi yang menjalin kerjasama dalam projek pertanian menggunakan 5G, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi Realiti Lanjutan (XR).

Menurutnya, Kementerian Digital turut memainkan peranan dalam menggalakkan pertanian moden antaranya menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysi (MDEC) di bawah inisiatif Malaysia Digital AgTech.

Beliau berkata, program itu dijalankan dengan kerjasama pemegang kepentingan dan rakan ekosistem untuk memberdayakan sektor pertanian negara secara digital dengan mengintegrasikan teknologi digital seperti IoT, Analitik Data Besar (BDA), AI dan DroneTech.

"Malaysia Digital AgTech bertujuan meningkatkan produktiviti, kualiti, pendapatan, mengurangkan kos operasi, mengoptimumkan ladang dengan beberapa projek perintis telah dilaksanakan termasuk fertigasi pintar, pemantauan air pintar dan teknologi dron.

"Dengan adanya infrastruktur 5G yang kukuh di Malaysia, kita mempunyai potensi besar untuk memacu impak positif dalam sektor ini seterusnya membolehkan petani kita menyertai era digital dan memanfaatkan peluang yang banyak.

"Malah, saya diberitahu AI dan IoT adalah antara teknologi yang akan dipamerkan pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) bulan depan justeru saya amat berharap ini akan menggalakkan lebih ramai petani untuk menerima inisiatif digital," ujarnya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1291641/rangkaian-5g-kedua-lonjak-produktiviti-pertanian






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.097551 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list