CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15042|Reply: 1

Esok gaji ‘gomen’ naik, jangan pula lusa harga barang mahal

[Copy link]
Post time 15-8-2024 03:42 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.-

PETALING JAYA – “Jangan terkejut lepas gaji penjawat awam dinaikkan, harga barang, makanan, goreng pisang tepi jalan pun akan bertambah mahal. Semua nak ambil kesempatan”.

Demikian antara reaksi orang ramai di ruangan komen laporan Kosmo! berhubung artikel bertajuk “Esok hari bahagia 1.6 juta penjawat awam” yang dikongsikan di Instagram Kosmo! Online hari ini.

Rata-ratanya seperti dapat meneka dengan membuat andaian akan ada pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga jualan sesuka hati ekoran kenaikan kadar gaji baharu penjawat awam.
“Esok gaji pekerja kerajaan naik, jangan pula lusa harga barang yang bertambah mahal, goreng pisang Mak Esah pun jadi dua keping RM1,” katanya Shahrul.

“Tahniah orang ‘gomen’ dapat naik gaji, yang swasta ini mampu tengok sahaja. Tapi mak cik-mak cik gerai tepi jalan naik harga tak ada pula kenakan untuk geng gomen sahaja, kesian yang swasta, gaji tak naik tapi kena bayar harga barang yang makin naik,” seloroh Abdullah.
“Harap pihak kerajaan dapat pantau kedai-kedai, pasar raya supaya tiada yang ambil kesempatan naikkan harga barang susulan gaji penjawat awam naik,” pesan Nur Hayati.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan esok bakal menjadi hari bahagia buat lebih 1.6 juta penjawat awam apabila pengumuman yang ditunggu-tunggu selama ini mengenai kenaikan gaji akan dibuat Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Setiap penjawat awam sebelum ini mendapat gambaran umum peningkatan gaji masing-masing yang dijangka bermula 15 hingga 42.7 peratus, namun esok mereka sudah boleh membuat kiraan kadar gaji baharu. – KOSMO! ONLINE


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm untung lerrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48982 Replies : 26
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 4077 Replies : 3
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257005 Replies : 7116
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11042 Replies : 276
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47102 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 4892 Replies : 1
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 18896 Replies : 113

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.048521 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list