CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45237|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pembantu tadbir kolej tak mengaku 'gelapkan' RM20,000

[Copy link]
Post time 15-8-2024 01:22 AM | Show all posts |Read mode

Foziana didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi pembekalan barang keperluan pejabat kolej berkenaan berjumlah lebih RM20,000. FOTO AHMAD HASBI
Seremban: Pembantu tadbir sebuah kolej vokasional didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, tadi, atas dua pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi pembekalan barang keperluan pejabat kolej itu berjumlah lebih RM20,000.

Tertuduh, Foziana Isa, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pembantu tadbir menggunakan dengan niat hendak memperdayakan kolej berkenaan satu dokumen iaitu Baucar Bayaran Bagi Pembekalan Barang Keperluan Pejabat bertarikh 5 Disember 2022 berjumlah RM4,757.10 yang mana tertuduh mempunyai kepentingan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan kesalahan sama bagi Baucar Bayaran Bagi Pembekalan Barang Keperluan Pejabat bertarikh 6 Januari 2023 berjumlah RM17,301.50.

Perbuatan itu dilakukan pada 5 Disember 2022 dan 6 Januari 2023 di kolej berkenaan di Rembau.

Berikutan itu tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama.

Jika disabitkan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai butir matan palsu.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali memohon jaminan sebanyak RM8,000 dikenakan dengan seorang penjamin selain suami tertuduh serta dua syarat tambahan.

Peguam Noramin Petra Norhanapiah yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM5,000 memandangkan tertuduh dan suami menanggung enam anak berusia empat hingga 16 tahun dengan pendapatan kurang RM6,000 sebulan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 dan perlu melapor diri pada Sabtu pertama setiap bulan di Pejabat SPRM Seremban sehingga kes selesai.

Sebutan semula pada 13 September depan.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyaman lagi'
ultra78'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyama
Views : 4758 Replies : 12
ICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Netanyahu
MahathirinaICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Neta
Views : 101 Replies : 0
Miss Universe 2024 - Miss Universe Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2024 - Miss Universe Thail
Views : 38387 Replies : 151
Rugi RM789 juta
maklukpenggodaRugi RM789 juta
Views : 29916 Replies : 13
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 10960 Replies : 280
Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan Perang Dunia III Sebelum Bapanya Angkat Sumpah
^CUN_GILA~.Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan
Views : 12090 Replies : 44
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 227164 Replies : 1787
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 235045 Replies : 6520
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 86911 Replies : 869
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 107664 Replies : 1750

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.204402 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list