CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29640|Reply: 0

BAM akui gagal capai sasaran di Olimpik Paris 2024

[Copy link]
Post time 13-8-2024 10:29 PM | Show all posts |Read mode


Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengakui pemain-pemain di bawah naungannya yang beraksi di temasya Olimpik Paris 2024 tidak mencapai sasaran ditetapkan selepas gagal membawa pulang pingat emas.

Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh (gambar) berkata bagaimanapun, beliau tidak mahu memberikan sebarang alasan berkenaan pencapaian itu sebaliknya mahu segera melupakan perkara berkenaan selain mahu fokus untuk meningkatkan prestasi pemain negara pada masa akan datang.

“Kami gagal capai sasaran, tapi badminton masih sukan yang sumbang pingat kepada kontinjen dalam hampir setiap Olimpik. Mungkin ada yang cakap sekadar gangsa, tapi ia bukan mudah, saya terima kasih atas sokongan diberikan.

“Jadi, saya tidak mahu bagi alasan kerana letak benda ini di belakang dan buat penambahbaikan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Pada edisi Olimpik Paris 2024, pasangan di bawah naungan BAM hanya berjaya membawa pulang pingat gangsa menerusi gandingan Aaron-Wooi Yik, manakala dua lagi wakil, Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran) masing-masing mara ke aksi penentuan pingat gangsa dan suku akhir.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berkata perasaannya bercampur baur berkenaan prestasi anak buahnya di temasya berprestij itu.

Beliau berpandangan pemain-pemain BAM tidak gagal sepenuhnya kerana mereka berjaya mempamerkan peningkatan prestasi berbanding sebelum ini.

“Perasaan bercampur baur itu ada, sebab kecewa kerana gagal bawa pulang pingat emas, tetapi gembira juga berasaskan persembahan pemain.

“Mereka hampir raih pingat emas. Saya harap selepas ini tiada lagi perkataan hampir dan boleh bawa pulang pingat emas,” katanya.- BERNAMA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.059765 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list