|
PENEMUAN mayat Zaiton berhampiran rumpun pokok pisang 30 meter dari kediamannya di Kampung Permatang Panjang, Jementah. FOTO Ahmad Ismail
Segamat: Misteri kehilangan wanita orang kurang upaya (OKU) sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan berhampiran rumpun pokok pisang di Kampung Permatang Panjang, Jementah, di sini, pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Ng Swie Chait berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan satu mayat berhampiran rumpun pokok pisang pada 10.15 pagi
Katanya, mayat mangsa, Zaiton Hamzah, 60, ditemui pada jarak kira-kira 30 meter dari kediamannya dalam keadaan berpakaian dan dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa jam lalu.
"Tiada terdapat kesan gigitan binatang buas atau calar pada mayat mangsa," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Pada 7 Ogos lalu, mangsa yang berstatus OKU permasalahan mental dilaporkan keluar dari rumah pada 4.30 petang untuk bersiar di halaman kediamannya sebelum disedari hilang.
Disiarkan pada: Ogos 11, 2024
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|