CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45668|Reply: 0

[Johor] Larangan penuaian, penjualan kupang di perairan Port Dickson ditarik serta-merta

[Copy link]
Post time 11-8-2024 04:10 PM | Show all posts |Read mode


LARANGAN penuaian dan penjualan kerang-kerangan termasuk kupang di perairan Port Dickson dan Melaka ditarik balik. FOTO Bernama

Tampin: Jabatan Perikanan Malaysia menarik balik larangan penuaian dan penjualan kerang-kerangan termasuk kupang di perairan Port Dickson dan Melaka berikutan penurunan tahap biotoksin ke paras selamat.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, hasil pemantauan dan analisis makmal, bacaan biotoksin menunjukkan penurunan di bawah 400 per bilion (ppb) bagi sampel ke-15 .


"Jadi aktiviti perikanan di kawasan terjejas boleh diteruskan seperti biasa. Pemantauan dan pengambilan sampel tetap dilakukan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Mengoca Komuniti Perikanan (myKP) Sungai Jerneh di  Estet Ikan Kampung Sungai Jerneh, Gemencheh dekat sini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa dan Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain.

Pada masa sama, Arthur turut menasihatkan orang ramai agar berwaspada dan mengikuti perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan makanan terjamin.

Pada 4 April lalu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF Wan Aznan Abdullah berkata, hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.

Sementara itu, Arthur berkata, Negeri Sembilan adalah penyumbang terbesar bagi sub sektor akuakultur iaitu sebanyak 5,587.4 tan metrik (90.78 peratus) pengeluaran ikan dengan nilai RM73.8 juta, tahun lalu.

"Ini membabitkan 431 pengusaha akuakultur berdaftar dan daerah Tampin menyumbang RM2.9 juta kepada pengeluaran ikan air tawar," katanya.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyaman lagi'
ultra78'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyama
Views : 4758 Replies : 12
ICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Netanyahu
MahathirinaICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Neta
Views : 101 Replies : 0
Miss Universe 2024 - Miss Universe Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2024 - Miss Universe Thail
Views : 38387 Replies : 151
Rugi RM789 juta
maklukpenggodaRugi RM789 juta
Views : 29916 Replies : 13
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 10960 Replies : 280
Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan Perang Dunia III Sebelum Bapanya Angkat Sumpah
^CUN_GILA~.Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan
Views : 12090 Replies : 44
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 227164 Replies : 1787
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 235045 Replies : 6520
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 86911 Replies : 869
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 107664 Replies : 1750

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.065669 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list