CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3556|Reply: 0

[Johor] Ahli keluarga pengikut Millah Abraham 'berkampung' di Mahkamah Syariah

[Copy link]
Post time 7-8-2024 10:30 AM | Show all posts |Read mode


SEBAHAGIAN ahli keluarga pengikut Millah Abraham di Mahkamah Syariah Batu Pahat, hari ini. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Beberapa individu dipercayai ahli keluarga 14 pengikut Millah Abraham "berkampung" di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini bagi mendengar pertuduhan terhadap kumpulan terbabit.

Mereka terdiri kira-kira 50 orang dilihat tiba di mahkamah sekitar jam 8.30 pagi sebelum beberapa buah van membawa kesemua tertuduh tiba sejam kemudian.

Keadaan di perkarangan mahkamah agak sesak kerana turut dipenuhi orang awam yang mahu menyaksikan prosiding itu.

Daripada keseluruhan 15 individu yang didakwa, seorang daripadanya dituduh di Mahkamah Majistret Muar semalam, manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan dan akan menjadi saksi pendakwaan.

Khamis lalu, 17 individu disyaki pengikut ajaran sesat Millah Abraham, ditahan dalam operasi bersepadu di empat daerah di Johor.
Kesemua mereka ditahan dalam operasi serentak yang dijalankan di Batu Pahat, Pontian, Muar dan Segamat.

Operasi khas yang dijalankan secara bersama Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama Cawangan Khas Bukit Aman dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor Bahru, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ajaran Millah Abraham difatwakan sesat di Johor pada 30 Julai 2015 dan diwartakan pada 28 April 2016, sebagai ajaran dan fahaman yang menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bulan lalu, tiga beranak dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham dilaporkan ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam serbuan di dua buah rumah berasingan di Sungai Kelamah, Gemas dan Palong 3, Jempol.

Ajaran sesat berkenaan difatwakan haram pada tahun 2019 oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Antara fahaman salah ajaran ini ialah ahlinya percaya sembelihan dibuat bukan ahli tidak sah, selain mempercayai kewujudan nabi baharu dan ada syahadah berbeza.

Mereka juga cuba mengabungkan tiga agama iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam, selain menghuraikan ajaran al-Quran berdasarkan fahaman mereka tanpa berdasarkan kitab tafsir.

sumber




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyaman lagi'
ultra78'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyama
Views : 4758 Replies : 12
ICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Netanyahu
MahathirinaICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Neta
Views : 101 Replies : 0
Miss Universe 2024 - Miss Universe Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2024 - Miss Universe Thail
Views : 38387 Replies : 151
Rugi RM789 juta
maklukpenggodaRugi RM789 juta
Views : 29916 Replies : 13
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 10960 Replies : 280
Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan Perang Dunia III Sebelum Bapanya Angkat Sumpah
^CUN_GILA~.Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan
Views : 12090 Replies : 44
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 227164 Replies : 1787
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 235045 Replies : 6520
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 86911 Replies : 869
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 107664 Replies : 1750

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.084477 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list