View: 47186|Reply: 1
|
Menerima Pujian, Sanggup Berpatah Balik Bagi Membantu Pelari Pecut Tergolek!
[Copy link]
|
|
SUKAN Olimpik 2024 telah menjadi medan bagi pelbagai momen indah dalam kalangan atlet. Kejohanan itu tidak hanya menampilkan aksi-aksi hebat tetapi juga memaparkan semangat kesukanan, persahabatan, dan keazaman yang tinggi.
Sehubungan itu, setiap acara pastinya mempunyai cerita yang tersendiri. Terbaharu, atlet pecut dari Laos, Silinia Pha Aphay menerima pujian dalam kalangan penyokong sukan seluruh negara.
Manakan tidak, atlet berusia 28 tahun itu sanggup berpatah balik usai menamatkan lariannya bagi membantu pelari pecut Sudan Selatan, Lucia Moris terpaksa diusung keluar selepas cedera ketika acara saringan 100 meter wanita di Stade de France, Saint-Denis, Paris pada Jumaat.
Memetik laporan media antarabangsa, Pha Aphay bertindak dengan segera untuk membantu Moris yang terbaring di trek sambil menjerit kesakitan.
Moris, 23, yang bermula baik dalam saringan berkenaan sebelum secara tiba-tiba hilang keseimbangan dan tumbang ketika perlumbaan berbaki 30 meter.
Pha Aphay, yang membuat debut Olimpiknya di Olimpik Tokyo 2020 kekal Bersama Moris sehingga bantuan tiba.
Dia turut memeberikan kata-kata semangat untuk Moris agar atlet tersebut tidak berputus asa.
"Kita adalah atlet. Semua atlet 100 meter tahu bagaimana rasanya tercedera dan ini adalah pertandingan besar.
"Ini adalah impian besar untuk datang ke sini. Tetapi anda cedera di sini. Jadi semua orang tahu perasaannya," katanya.
Dalam acara itu, Pha Aphay hanya Berjaya menduduki tempat keenam dengan catatan masa 12.45 saat.
Sementara itu, pelari Congo, Natacha Ngoye memenangi saringan berkenaan dengan catatan 11.34 saat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|