CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30070|Reply: 0

[Johor] 9 mat rempit termasuk wanita ditahan kerana lumba haram

[Copy link]
Post time 1-8-2024 05:48 PM | Show all posts |Read mode


ANTARA motosikal yang terbabit dalam Op Samseng Jalanan. FOTO Ihsan PDRM

Iskandar Puteri: Lapan penunggang motosikal dan seorang pembonceng yang melakukan aksi 'Superman' ketika menunggang motosikal dicekup Skuad 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Iskandar Puteri dalam Op Samseng Jalanan, Isnin lalu.

Dalam operasi di sepanjang Jalan Lebuh Ismail Sultan dan Lebuhraya Link Kedua itu, polis turut mendapati, mereka yang ditahan turut bersaing sesama sendiri dalam keadaan membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya sering menerima aduan daripada orang awam berkaitan dengan aktiviti lumba haram di lokasi itu.

"Hasil pemerhatian yang dibuat oleh Skuad 42, kita mendapati jalan ini masih digunakan oleh kumpulan mat rempit untuk berlumba secara haram.

"Oleh itu, kita berjaya menahan lapan mat rempit lelaki termasuk seorang pembonceng wanita yang mana mereka ditahan kerana melakukan aksi menunggang secara melulu, menundukkan kepala selari dengan meter serta melunjurkan kedua-dua kaki ke belakang.

"Mereka turut bersaing sesama sendiri dengan membuat aksi zig-zag yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Kumarasan berkata, semua tangkapan adalah warga tempatan yang berusia 17 hingga 28 tahun.

Beliau berkata, pihaknya turut mengeluarkan dua saman terhadap penunggang yang tidak mempunyai lesen serta lapan motosikal disita.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Αkta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya.
Disiarkan pada: Ogos 1, 2024

sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48982 Replies : 26
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 4077 Replies : 3
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257005 Replies : 7116
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11042 Replies : 276
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47102 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 4892 Replies : 1
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 18896 Replies : 113

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.040784 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list