CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29372|Reply: 0

[Kedah] Jeritan ustaz selamatkan 14 pelajar maahad tahfiz

[Copy link]
Post time 29-7-2024 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Jeritan ustaz selamatkan 14 pelajar maahad tahfiz


Zuliaty Zulkiffli[email protected]





MAAHAD Tahfiz di Jalan Sanglang, Pekan Kodiang, musnah dalam kebakaran. FOTO Ihsan Bomba





Jitra: "Suami sempat menjerit api... api kepada 14 pelajar lelaki yang ketika itu baru bangun tidur dan bersiap untuk menunaikan solat Subuh.

"Alhamdulillah, mereka sempat menyelamatkan diri keluar dari bilik asrama, lima minit kemudian, api sangat marak dan bangunan hangus terbakar," kata Che Aton Yahya, 66.

Che Aton adalah tenaga pengajar di sebuah maahad tahfiz di Jalan Sanglang, di Pekan Kodiang yang musnah terbakar, hari ini.

Menurutnya, kejadian itu disedari suaminya, Mohd Rofiq Abd Mahmud, 40-an yang ternampak api masih kecil di asrama pelajar terbabit.

Namun katanya, tidak lama kemudian, api terus merebak namun bersyukur kerana kesemua pelajar lelaki berusia antara lapan hingga 16 tahun itu sempat keluar menyelamatkan diri.

"Mereka tinggal sehelai sepinggang. Maahad Tahfiz ini baru beroperasi empat tahun lalu.

"Kesemua mereka kini tinggal sementara di rumah saya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 5.34 pagi.

Beliau yang mengetuai pasukan dari BBP Jitra turut dibantu sepasukan anggota BBP Bukit Kayu Hitam dan BBP Simpang Empat, Perlis tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Setibanya di lokasi, didapati rumah dua tingkat kelas B yang dijadikan maahad tahfiz itu sedang terbakar namun tiada mangsa dilaporkan berada di lokasi kebakaran.

"Akses ke lokasi juga agak sempit namun api berjaya dikawal jam 6.45 pagi," katanya yang menganggarkan kemusnahan sebanyak 80 peratus.

Beliau berkata, setakat ini punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.



Disiarkan pada: Julai 29, 2024 @ 2:47pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.615574 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list