CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31587|Reply: 16

Tidak Mempunyai Penghawa Dingin, Tingkap Ditutup Dengan Pita!

[Copy link]
Post time 28-7-2024 07:52 PM | Show all posts |Read mode


Paris: Enam perenang Korea Selatan yang bersaing di Sukan Paris mengambil keputusan meninggalkan perkampungan Olimpik dan berpindah ke hotel berhampiran arena renang untuk mengelakkan perjalanan jauh dalam bas panas, kata presiden Persekutuan Renang Korea (KSF).

Presiden KSF Chong Chang-hoon berkata perenang dalam acara gaya bebas 4x200 meter (m) lelaki berpindah ke hotel yang berjarak lima minit berjalan kaki dari Arena La Defense Paris, tempat acara renang akan berlangsung kelak.

Chong menerima aduan bahawa bas yang digunakan perenang untuk pergi ke arena tidak mempunyai penghawa dingin manakala tingkap ditutup dengan pita. Kampung Olimpik hampir 12 kilometer (km) dari arena renang.

"Kami hanya mahu memastikan mereka akan lebih selesa sedikit," kata Chong.

Antara perenang yang berpindah ialah pencabar pingat Kim Woo-min dan Hwang Sun-woo, yang memenangi gaya bebas 400m dan 200m, masing-masing, di kejohanan dunia di Doha awal tahun ini.

Sun-woo menggambarkan bas itu sebagai 'sauna' beranggapan bahawa keadaan luar bas lebih sejuk berbanding di dalam kenderaan itu.

"Di luar lebih sejuk daripada di dalam bas. Biasanya mengambil masa sekitar 40 hingga 45 minit dari kampung ke arena, tetapi ia mengambil masa lebih dari satu setengah jam (pada hari Khamis).

"Tingkap ditutup dengan pita, mungkin kerana bimbang terhadap serangan pengganas. Tetapi sesuatu perlu dilakukan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2024 08:36 PM | Show all posts
Berapa temperature sana? 26 C? Panas membahang tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sian atlet dari negara 4seasons, paree neh dah nape???boikot olimpik ke serba serbi hangsuang?? takkan la negara maju tak cukup dana
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
panas europe lain weh. pak arab datang sini pun kalah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Wehhh.. time ni paris mmg panas...kluar jln2 kejap tak pakai sunblock habis muka sunburn..mmg tak patut bas takde aircon..3rd class betul facilities dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 28-7-2024 08:36 PM
Berapa temperature sana? 26 C? Panas membahang tu...

Iye..kat sana 24/25c panas giler...sbb takde awan nano agaknya.. glaring nak mampos
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2024 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari awal lagi rakyat nyer marah x bagi host olimpik ni kann?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 09:51 PM | Show all posts
Dalam bas memanglah jadi panas kerana semua tingkap bas ditutup udara sejuk dari luar tak boleh masuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde bajet la tu tgk opening pun hauk… pindah je la duk hotel lg selesa
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Selain dr bajet dll, ni salah satu perang psikologi
Pencabar pingat kan....
Badminton mens double pun siap ade 2 wakil bukan ikut ranking pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
skrg panas kan..i xblh tdo sbb pns..dah on ac pun mcm xrasa sgt..
strt smlm
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 28-7-2024 10:52 PM
skrg panas kan..i xblh tdo sbb pns..dah on ac pun mcm xrasa sgt..
strt smlm

Kira ok la umah uols ada ekon.

Umah iols takde ekon. Harap angin semulajadi dari luar masuk umah. Tadi masak mi segera kat dapur.pun bukak tingkap. Sejuk rasa angin masuk. Ni sekarang kat dalam bilik, pun bukak tingkap bagi masuk angin.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Alangkan Peres yang kaya tu pun kedekut taik idungnmasen, ini kan pula Kedah y
G xde dana nk ke Sukma Sarawak... Apalah sangaaaaaat...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt paris harga diesel mahal ke? Kedekut sgt on ac dlm bas
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 28-7-2024 09:15 PM
Iye..kat sana 24/25c panas giler...sbb takde awan nano agaknya.. glaring nak mampos

Wah..baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 28-7-2024 10:59 PM
Kira ok la umah uols ada ekon.

Umah iols takde ekon. Harap angin semulajadi dari luar masuk umah ...

mmg panas kan..
ok la sis leh bkk tingkap..i xbkk tingkap...kucen i terjun nnti..
lgpun i tkt antu jgk menyinggah
i perasan smlm sbb i xblh tdo sampai kul 5am xblh lelap..
then og td adk i ckp panas betul smlm..
mmg betul pns la rupanya..
mula tu i ingt i jer kepanasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Paris mmg panas mencucuk rasa terbakar kulit..london ada jgk berangin..bygkn sepanjang sg tepi jln ala2 kat sg klang tepi jln raja laut tu bersidai derang berjemur..air sg busuk2 tu..kemain baik punya landing!  ..psl tu kuat pakai perfume !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.088196 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list