CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30428|Reply: 0

[Kedah] Lapan trip feri batal, 1,926 penumpang terjejas

[Copy link]
Post time 28-7-2024 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Lapan trip feri batal, 1,926 penumpang terjejas


Zuliaty Zulkiffli[email protected]





TERMINAL Feri Kuala Kedah lengang berikutan pembatalan perjalanan akibat cuaca buruk. FOTO Zuliaty Zulkiffli.





Alor Setar: Seramai 1,926 penumpang terjejas selepas lapan perjalanan feri Kuala Kedah-Pulau Langkawi-Kuala Kedah dibatalkan, hari ini akibat cuaca buruk dengan ombak setinggi empat meter.

Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, hanya satu tripmasing-masing dari Kuala Kedah dan Langkawi berjaya meneruskan perjalanan pada jam 7 dan 7.30 pagi tadi.

"Jumlah kesemua yang terkandas itu membabitkan 1,030 penumpang dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah dan 896 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi.

"Ia membabitkan perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi pada 1.30 tengah hari, 3.30 petang, 5.30 petang dan 7.30 malam, manakala perjalanan Langkawi ke Kuala Kedah pula pada 2.30 petang, 4.30 petang dan 7 malam," katanya pada sidang media di Terminal Feri Kuala Kedah, di sini, hari ini.

Menurut Norhafiz, penumpang yang terkandas boleh membuat pilihan sama ada menukar masa perjalanan ke tarikh lain atau menuntut kembali bayaran.

"Selain itu, kita ada menyediakan dua feri tambahan pada 6 petang dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis dan 8 malam dari Kuala Perlis ke Langkawi, hari ini," katanya yang mengesahkan sebuah feri membawa 259 penumpang terpaksa berpatah balikke Terminal Jeti Langkawi pada 12.55 tengah hari disebabkan ombak tinggi dan demi keselamatan penumpang.

Sementara itu, pelancong dari Sepanyol, Alejandra Conoura, 48, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan feri yang sepatutnya dinaiki bersama pasangannya pada 3 petang hari ini dibatalkan kerana cuaca buruk.

Katanya, disebabkan itu, dia terpaksa mencari tempat penginapan sementara di sini, sebelum meneruskan perjalanan ke Langkawi esok.

"Ini kali pertama saya datang ke Malaysia dan berhasrat untuk bercuti ke Langkawi. Nak buat macam mana, kami kena sabar," katanya.



Disiarkan pada: Julai 28, 2024 @ 5:42pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.150833 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list