View: 26196|Reply: 1
|
Mengalami Pelbagai Insiden, Russia Mengatakan Sukan Olimpik 2024 Sebagai Kegagalan Besar!
[Copy link]
|
|
MOSCOW – Russia menyelar acara pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris yang mengalami pelbagai insiden di luar jangkaan serta menyifatkannya sebagai ‘kegagalan besar’, lapor akhbar Arab News.
Jurucakap Kementerian Luar, Maria Zakharova memberikan senarai kelemahan pada majlis kelmarin, yang tidak disiarkan secara langsung di kaca televisyen Russia.
Antara yang dikritik Zakharova adalah acara pembukaan yang dilakukan di tempat terbuka sehingga memaksa tetamu duduk selama berjam-jam dalam cuaca hujan.
“Penganjur tidak terfikirkah untuk melakukan pembenihan awan?” katanya.
Selain itu, Perancis menahan seorang lelaki Russia sejurus sebelum pembukaan sukan tersebut dengan menuduhnya melakukan komplot untuk mengganggu acara itu.
Zakharova turut mempersoalkan keruntuhan sistem pengangkutan awam pada hari tersebut selepas tiga serangan pembakaran dilakukan ke atas sistem rel.
Tambah Zakharova, penganjur turut melakukan kesilapan dengan tersilap menyebut pasukan Korea Selatan sebagai Korea Utara, selain bendera Sukan Olimpik dikibarkan secara terbalik pada acara pembukaan.
Turut dikritik adalah larangan Perancis ke atas seorang atlet negaranya yang berhijab, untuk menyertai acara pembukaan.
Beliau turut menyelar gimik pembukaan yang menunjukkan persembahan penghibur lelaki berpakaian wanita, yang turut dikecam ramai kerana dikatakan mengejek penganut Kristian.
Hanya beberapa atlet Russia dibenarkan untuk menyertai Olimpik Paris di bawah tiket ‘neutral’, namun atlet yang menggunakan bendera negara itu diharamkan menyertainya berikutan serangan ke atas Ukraine. |
|
|
|
|
|
|
|
Agree with russia on this. Teruk sgt2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|