CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13743|Reply: 0

[Kedah] Polis nasihat penganjur perhimpunan 'Kedah Bebas Judi' patuhi peraturan

[Copy link]
Post time 24-7-2024 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Polis nasihat penganjur perhimpunan 'Kedah Bebas Judi' patuhi peraturan


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Julai 24, 2024 @ 8:55am [email protected]





Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad. - Foto NSTPZULIATY ZULKIFFLI





ALOR SETAR: Satu perhimpunan aman yang akan disertai kira-kira 100 gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dijangka diadakan di daerah ini, pada Jumaat ini.

Perhimpunan Aman 'Kedah Bebas Judi' itu dijangka disertai NGO gabungan Islam dikenali sebagai Gabungan Gerak Rakyat, Hidupkan Amar Makruf (GERAHAM) bersama masyarakat setempat yang menyokong isu penutupan premis judi di Kedah, dijangka diadakan selepas solat Jumaat.

Berikutan itu, pihak polis menasihatkan mana-mana individu atau kumpulan yang akan menganjurkan sebarang perhimpunan pada tarikh berkenaan perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak berkuasa terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata mana-mana individu atau kumpulan yang akan menganjurkan sebarang perhimpunan pada tarikh itu perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak polis.

Beliau berkata, mereka perlu memberi pemberitahuan seperti mana yang diperuntukkan dalam Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu berkait kehendak berhubung dengan pemberitahuan perhimpunan.

"Antara syarat yang perlu dipatuhi, penganjur perlu maklumkan kepada pihak polis dengan mengemukakan borang dalam Jadual Keempat Seksyen 10 yang turut menggariskan persetujuan pemunya dan penghuni tempat perhimpunan serta mematuhi garis panduan serta syarat ditetapkan.

"Polis juga ingin menekankan berkaitan perkara digariskan dalam jadual pertama Seksyen 3 Akta yang sama iaitu kawasan larangan untuk mengadakan perhimpunan adalah rumah ibadat, tempat pengangkutan awam, hospital serta sekolah dan beberapa kawasan larangan yang digariskan di bawah akta ini.

"Sehubungan itu, polis meminta pihak penganjur supaya mematuhi semua garis panduan diperuntukkan di bawah akta ini supaya pihak berkuasa akan memudahcara sepanjang perhimpunan berlangsung sekiranya dimaklumkan terlebih awal.

"Ia selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Ini bagi memastikan ketenteraman dan keselamatan awam terpelihara tanpa berlaku sebarang insiden tidak diingini," katanya di sini hari ini.

Siti Nor Salawati berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau penganjur perhimpunan perhimpunan yang didapati tidak mematuhi peruntukan sepertimana di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Tindakan tegas juga akan diambil terhadap pihak yang sengaja menimbulkan sebarang provokasi yang boleh menyebabkan kacau ganggu terhadap ketenteraman awam di daerah ini," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.157676 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list