|
Post Last Edit by ShahGraphixer at 7-4-2011 22:34
Bab 1
ALICE membuka langsir, cuaca hari ni cerah. Dia mengeliat, sinaran mentari yang terlus menjengah bumi. Alat kawalan pendingin hawa dicapai, lantas dia menekan satu butang pada alat kawalan tersebut, memperlahankan suhu yang sejuknya tak terkata.
Alice mengerling pada jam di dinding, seulas senyuman terbit di bibirnya. Hari ni dia bangun lebih awal dari yang dijangka. Nampaknya dia sudah berjaya menyahut cabaran mama. Yes!
Usai sahaja mengemas biliknya, Alice mencapai tuala di dalam almari. Setelah itu dia melangkah masuk ke bilik air. Tak sampai sepuluh minit, dia dah keluar dengan tangan yang mengigil, bahana terlalu sejuk. Sungguhlah, alat pendingin hawa dah perlahankan pun, kedinginan masih mengigit tubuh badan.
Baju yang dah disediakan di atas katil dicapai, lantas dipakai. Setelah itu, wangian Cherry Blossom disemburkan sedikit ke pakaiannya. Ha! Barulah wangi. Alice mengukir senyuman.
Alice memandang dirinya di hadapan cermin, dari atas ke bawah. Selepas memastikan semua benda dah selesai, Alice memulas tombol pintu dan melangkah keluar dari bilik.
Hati Alice tak sabar, tak sabar nak turun bawah, mintak reward dengan mama. Ha! Tu lah, semalam mama cabar aku lagi! Ingat aku tak mampu bangun awal? Soal suara hati Alice.
Perbualannya dengan Puan Jess di ruang tamu semalam masih terngiang-ngiang dalam kepala.
****
"ALICE, dah sebulan kamu duduk memerap kat rumah. Kerja kamu makan tidur je. Cubalah tolong mama ke, apa ke. Buat benda berfaedah. Sudahlah tu, bangun tidur pun lewat mengalahkan kerbau!" Puan Jess membebel.
Tu dia, keluar dah dia punya bebelan. Alice mencebik. Kepalanya ligat mencari idea, macam mana nak matikan bebelan mamanya. Once she opens her mouth, she will not stop.. Itulah mama. Alice mendengus perlahan.
"Tengok tu? Bila mama cakap, mulalah dia nak mengeluhlah. Itulah, inilah.. Eyyy Alice, mama bukan apa.. Takut nanti kalau masa ambil result SPM tu badan Alice dah macam tong kitar semula je. Mana taknya, kalau makan tidur dua puluh empat jam. Bangun pulak tu pukul 2 petang. Lambatlah jodoh kamu sampai macam tu." Puan Jess masih dengan bebelannya. Alice menarik muncung.
Apahal la mama ni tak memasal aje babitkan pasal jodoh? Result SPM pun belum keluar lagi, ni tetiba aje dah sebut pasal jodoh. Spinal cord mama dah longgar ke? Alice ketawa sendiri.
"Ha! Tu tak lain mesti tengah mengumpat mama dalam hati tu! Macam mama tak tahu aje," sampuk Puan Jess. Alice tergelak. Hebat betul mama aku ni, ada sixth sense ke apa?
"Tahu tak apa, lagi mahu tanya.." Spontan Alice menjawab.
"Malas mama nak cakap Alice lagi, buat sakit hati." ujar Puan Jess. Alice ketawa terkekeh-kekeh.
"Pergi minum air dulu la mama. Asyik bebel je. Tak penat ke? " soal Alice, bahu Puan Jess dipeluk erat.
"Mama nak cabar Alice.. Mama nak cabar kalau Alice boleh bangun awal, mama kasi reward." kata Puan Jess, tiba-tiba. Hampir saja air minuman yang sedang diminum oleh Alice tesembur keluar.
"Mama ni okey ke tidak ni?" soal Alice, tangannya memegang dahi Puan Jess. Puan Jess menepis sembari mendengus.
"Kamu tu yang tak okey... Mama okey je. Berani sahut cabaran mama?" cabar Puan Jess. Alice telan liur. Kesat. Aduhai..
"Err.. Errr.." teragak-agak Alice nak menjawab. Puan Jess menunggu dengan sabar.
"Berani atau tak?"
"Okey. Terima."
"Kalau Alice bangun lewat, Alice kena kerja dengan mama dekat kedai grafik tu." Puan Jess mengukir senyuman. Macam ada batu besar menghempap cerebrum dengan cerebellum, Alice terlongo. Biar betik mama ni? Siap ada rules bagai.
"Not fair la mama. Semua mama nak tetapkan. Huh." keluh Alice. Puan Jess ketawa. Dia memang dah jangka Alice akan merungut macam ni.
"Fair and square. Kalau Alice boleh bangun awal, mama kasi hadiah. Alice mintak aje apa-apa.. Mama kasi semua," Puan Jess berjanji. Alice memegang kepalanya. Berfikir dua kali.
"Make sure mama tak cheating ya.. " ujar Alice. Puan Jess ketawa.
"No, I wouldn't." Datar Puan Jess menuturkan.
Alice senyum horizontal. Okey, perjanjian bermula! Ngeee!
****
“Mama.. Look..” Amir menuding jarinya ke arah Alice yang dah lengkap memakai baju kurung. Dengan seulas senyuman. Puan Jess ketawa.
Dengan langkah penuh konfiden, Alice menarik kerusi dan duduk di sebelahnya. Matanya masih lagi bercahaya. Puan Jess sedang menahan tawanya. Setelah itu, Alice mencapai cawan minumannya dan menghirup teh yang disediakan oleh Puan Jess.
“
Mama tengok Alice macam nak makan aje. Kenapa? Tak percaya ke?” ujar Alice sambil ketawa. Puan Jess angkat kening. Amboi, seronok dia ketawa. Sekejap lagi menangislah tu. Puan Jess terkekeh sendiri.
Amir malas mahu ambil pusing, surat khabar di tangan ditatap semula. Alice masih ralit mengunyah roti. Lama dia memerhatikan sekeliling.
“Papa mana?” soal Alice.
“Papa dah bertolak.” Beritahu Amir. Bulat mata Alice. Bertolak? Awalnya.. Semangat betul papa ni nak bekerja.
“Awal gila?” soal Alice lagi. Amir dan Puan Jess diam, kemudian dia menyambung kembali menjamu selera di pagi-pagi yang penuh hening ni.
Selesai saja makan, Alice mengesat tangannya dan memandang Puan jess dengan sengih nakal. Puan jess tak mengerti.
“Nak apa?”
“Hadiah.” Sepatah Alice menjawab. Seulas senyuman horizontal diukir.
“Hadiah buat apa?” Alice menjeling langit, apakehel la mama ni. Tak mungkin dah lupa kot. Baru semalam berjanji. Spinal cord mama dah longgar ke?
“Hadiah bangun awal.” Jawab Alice lagi. Puan Jess mengangguk.
Puan Jess mencapai beg tangannya, dan mengeluarkan jam tangan. Tetapi jam tangan itu miliknya sendiri. Setelah itu jam tangan itu ditunjuk ke arah Alice. Alice ternganga.
“Tengok dah pukul berapa.” Kata Puan Jess. Alice menurut. Halamak!!! Alice menepuk dahi. Puan Jess dengan Amir dah ketawa.
Alice mengetap bibir. Hampeh betul. Aku fikir aku dah bangun awal, rupa-rupanya jam salah! Kasi suspens betul la! Tak guna betul jam kat bilik aku tu! Purba betul!
“Tu la Alice. Lain kali jangan nak confident sangat. Konon bangga la tu bangun awal,” sindir Amir. Alice mengepal penumbuk. Geram betul perangai abang aku ni!
“Maka dengan ini, Alice kena kerja dengan mama. Titik.” Kata Puan Jess lantas ketawa, tawanya diikuti oleh Amir. Argh!! Mama dengan along sama aje! Dua-dua pakat nak kenakan aku! Uwaaaa! Papa! Alice merintih sendiri. Nur Alissa Faziera... You are dead!
bersambung~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
next n3..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# hijau_serindit
ijou...kau ada bawak baldi tak? tapi ending lmbat lagi ni...
leh standby awai2... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply hijau_serindit
ijou...kau ada bawak baldi tak? tapi ending lmbat lagi ni...
leh st ...
Jaza2008 Post at 8-4-2011 15:36
harapnya, dia tak buat la ending yg kena spare baldi nih. tapi kalau terpaksa, kat opis ni ada 1. heheheh.. ko ade x? |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe.. thanks reader.. terharu ada yang balas jugak cerita dalam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 2
ALICE menongkat dagu. Sejak awal pukul sembilan tadi pintu biliknya sudah digegarkan dengan kuat. Sakit telinganya. Dari kedai ini dibuka, sehinggalah sekarang, tiada satu orang pun yang datang singgah. Alice mengeluh lagi.
Sampai bila nak menunggu? Penatlah! Alice mengomel sendirian. Komputer riba yang dibawanya terus dibuka. Dari terus menunggu begini, lebih baik dia melayan perasaan dengan mendengar lagu-lagu dari penyanyi kegemarannya. Siapa lagi kalau bukan Taylor Swift?
Bahu Alice disapa oleh seseorang saat dia sedang ralit mendengar lagu Speak Now dendangan Taylor Swift. Alice memalingkan wajahnya, dia mendengus.
“Along!” jerit Alice. Amir ketawa. Suka benar dia mengusik adiknya yang seorang itu. Mana tidaknya, Alice dikenali dengan sikapnya yang suka menjerit. Mungkin juga sebab mama dulu suka menyanyi waktu mengandungkan Alice. Amir membuat konklusi sendiri. Amir tergelak.
“Eyy budak kecik. Tak boleh ke dalam sehari tak menjerit? Sakit telinga along ni dengar suara Alice yang macam katak tu,” kata Amir.
“At least suara katak boleh panggil hujan. Along mampu?” selamba Alice berkata. Amir ketawa lagi.
“Setakat panggil hujan buat apa dik oi.. Buatlah panggil boyfriend ke. Dapatlah juga Along kawan dengan boyfiend Alice tu. Ni tengok tak ada siapa pun yang melekat dengan Alice. Tak laku ke?” kata Amir lagi, sambil ketawa terbahak-bahak.
“Ada Alice kisah? Tak laku pun, adik Along jugak. Kan? So, jangan nak banyak bunyi. Along pergi tolong papa dekat office sana. Jangan nak sibuk kacau Alice dekat sini. Pergi..” Alice mencebik.
“Sabarlah. Tengah rehat, Along beli makanan ni, jom makan sama-sama,” ajak Amir. Tangannya menuding pada meja yang berdekatan dengan tempat Alice duduk. Alice mendengus. Dia terasa hairan. Baik pulak Along hari ni? Demam ke?
Setelah lama Amir menunggu, akhirnya Alice mengalah. Kakinya laju menapak ke meja tersebut. Amir tersenyum.
Baru sahaja Alice hendak duduk, pintu kedai ditolak. Seorang lelaki yang berpakaian seperti seorang korporat melangkah masuk. Amir menyuruh adiknya itu melayan pelanggan yang hadir. Alice menyimpul senyuman plastik.
‘Time aku bosan tak datang, time aku nak melantak baru sibuk-sibuk nak datang! Huh!’ keluh Alice.
“Alice.. Jangan mengumpat dalam hati,” tegur Amir sambil ketawa terkekeh-kekeh. Amir tahu, pasti adiknya itu mengatakan sesuatu di dalam hati kerana berdasarkan memek muka Alice sahaja Amir sudah dapat menebak.
Alice, Alice.. Amir menggeleng-gelengkan kepalanya. Sementelah Alice melangkah ke kaunter, menyambut sang tetamu yang hadir dengan seulas senyuman.
“Nak apa bang?” tanya Alice, acuh tak acuh. Lelaki yang berada di hadapan Alice menyimpul senyuman segaris.
“Nak tempah kad kahwin la, takkan nak beli tayar kut,” sindir lelaki itu. Alice mengetap bibir. Mamat ni ada jugak kena penyepak free daripada aku. Dengus Alice di dalam hati. Geram hatinya melihat gelagat lelaki yang berada di hadapannya ini.
Kedai milik Puan Jess berbunyi lagi, menandakan ada pelanggan lain yang hadir. Dengan segera Alice pergi mendapatkan pelanggan yang baru. Lelaki yang membuatkan hatinya sakit itu ditinggalkan begitu sahaja.
Kali ini pelanggan yang datang ialah pelanggan perempuan. Alice segera melayan pelanggan yang baru tiba itu dengan mesra. Beberapa belas minit kemudian, setelah membuat pesanan, pelanggan wanita itu berlalu meninggalkan kedai. Alice tersenyum puas.
Beginilah yang dia mahu, pelanggan yang tak banyak songeh! Bukan pelanggan yang macam-macam kerenahnya. Seolah-olah kedai ini mereka yang punya saja. Pelanggan lelaki tadi masih menunggu dengan sabar. Alice hampir terlupa soal itu.
“Dah?” soal lelaki itu. Alice mengangguk.
“Dah?” lelaki itu menyoal lagi. Kali kedua Alice mengangguk.
“Dah?” Kali ini Alice merasakan darah sudah menyerbu ke mukanya. Sungguh dia sakit hati, lelaki ini memang tidak faham bahasakah? Sudah kata dua kali pun masih tak faham lagi? Atau memang sengaja buat-buat tidak faham? Gerutu Alice di dalam hati.
“Sudah. S.U.D.A.H,” sengaja Alice mengeja satu-satu perkataan itu dengan senyuman plastik di bibir. Lelaki itu tersenyum sinis.
Katalog yang berada di dalam laci terus dikeluarkan, lantas diberikan kepada lelaki di hadapannya itu. Alice menahan nafas. Bau lelaki di hadapannya ini terlalu wangi. Sakit hidungnya.
“Encik tengok contoh designnya. Harga ikut dalam buku tu, kalau nak tambah design sendiri kena tambah duit sikit,” beritahu Alice dengan laju sekali. Dia sendiri kurang arif dalam bab-bab sebegini. Tapi pernahlah dulu dia melihat Puan Jess menerangkan hal yang sama pada pelanggannya.
Lelaki itu hanya mengangguk lantas tersenyum nakal. Matanya masih lagi menancap pada buku katalog. Sesekali lelaki itu mengangkat muka memandang Alice, lantas tersenyum lagi. Menampilkan barisan giginya yang putih berseri. Alice berasa tidak selesa. Sangat tidak selesa.
“Alice, along pergi pejabat dulu. Tu makanan Alice along dah letak atas meja tu,” tiba-tiba saja Amir bersuara. Alice mengetap bibir. Now what? Along dah siap makan terus blah macam tu je? Haish..
Alice sekadar mengangguk, Amir lantas berlalu pergi lantas tersenyum memandang lelaki yang sedang memilih rekabentuk kad kahwin itu. Alice memegang dadanya. Menahan sabar.
Dalam hatinya dia tidak habis-habis merungut. ‘Bilalah mamat ni nak angkat kaki, pilih design pun lembab. Mengalahkan perempuan je!’
Lelaki itu mengangkat kening tatkala membelek katalog itu. Serentak dengan itu dia mengangguk. Boleh tahan juga rekaan kad di kedai ini. Selama ini dia hanya mendengar saja bila ibu dan ayahnya mencadangkan dia ke mari.
“Dah ke encik?” soal Alice. Lelaki itu menggeleng. Dia masih belum puas melihat semua design di dalam katalog itu. Bengkak juga hatinya kerana bakal isterinya tidak mahu turut serta ke kedai ini, bersama-sama memilih rekaan kad.
“Sabar sekejap. Saya nak pilih yang betul-betul. Quality tu penting,” kata lelaki itu. Alice mencebik. Dari tadi tak henti-henti ulang ayat yang sama. Quality, quality. So? Ada aku kisah? Alice mendengus.
Sungguhlah, kalau semalam dia tidak gatal-gatal setuju dengan cadangan mama. Sudah pasti dia masih lagi terbaring di atas katil, sambil membuka laman sosial dan bersembang dengan rakan-rakannya yang lain.
Sekarang semuanya dah berubah tiga ratus enam puluh darjah! Alice menyesali tindakannya! Doraemon! Tolong datang sekarang dengan mesin masa! Nak undur balik masa! Aku penat! Rintih Alice.
Tidak sampai sehari bekerja di Jess Graphix Howse, Alice sudah merasakan badannya sakit-sakit. Ini belum kerja lagi berat ni.. Baru saja Puan Jess menyuruhnya membuat kerja-kerja ringan.
“Saya nak yang macam ni..” lelaki itu menuding jarinya pada satu rekaan kad kahwin yang memang menarik. Harganya pun menarik. Sesuai sangat. Alice mengangguk. Lega.. Akhirnya lelaki di hadapannya ini sudah membuat keputusan.
Lebih cepat lelaki ini membuat tempahan, lebih cepat dia boleh menjamah makanan. Sedari tadi perutnya berbunyi-bunyi minta diisi. Kalau tidak kerana lelaki ini, sudah pasti Alice sudah kekenyangan sekarang.
Alice melirik sekilas pada jam di pergelangan tangannya. Huishh! Sudah pukul dua petang! Sudah hampir satu jam lelaki itu disini! Memang menyakitkan hati betul! Entah bila hendak angkat kaki ni!
“Boleh encik. Sekejap ya, saya ambil borang tempahan,” kata Alice, lantas bangun dari kerusi. Kakinya laju menapak ke meja utama dan mengeluarkan borang tempahan yang disediakan khusus di kedai mamanya itu.
Beberapa minit kemudian, Alice kembali ke tempat lelaki itu dan menyerahkan borang itu kepada lelaki yang berada di hadapannya. Lelaki itu mengangkat kening. Tidak mengerti dengan perbuatan Alice.
“Apa awak buat ni?” soal lelaki itu.
“Isi borang ni encik, in case nak order apa-apa. Tu prosedur kedai kami,” beritahu Alice lagi. Lelaki itu mengangkat sebelah keningnya.
“Dah macam nak nikah je nak isi-isi borang. Kalau kedai lain tak ada pun macam ni?” sindir lelaki itu. Alice mengetap bibir.
Kenapalah lelaki di hadapannya ini banyak sangat soalannya? Kalau ikutkan hati, hendak saja Alice mengambil pasu putih yang berada berdekatan dengannya dan membaling pada lelaki yang bermata coklat ini.
“Itu kedai lain encik. Memang ini yang kami buat. Encik pergilah mana-mana cawangan kedai kami, memang inilah prosedur utama kami. Harap encik faham,” perlahan saja Alice menuturkan. Lelaki itu memegang dagunya.
“Kalau macam tu, kau je la isikan untuk aku. Malas pulak tangan aku nak menulis.” Kata lelaki itu, kasar bicaranya. Alice menenangkan dirinya sendiri. Sabar Alice, sabar. Urusan kecil. Sabar.. Sabar..
“Maklumat encik saya tak tahu,” ujar Alice lagi. Pantas lelaki itu bangun, dan menyerahkan kad pengenalannya.
Alice memandang sekilas pada tahun kelahiran lelaki itu. Baru dua puluh empat tahun? Dah nak kahwin? Lelaki zaman sekarang ni memang gatal-gatal belaka! Huh! Kritik Alice di dalam hati.
“Jangan tengok lama-lama gambar aku tu. Nanti kau cair pulak,” kata lelaki itu. Alice mencebik. Perasan! Sejurus menulis saja, dia terus menyerahkan kembali kad pengenalan lelaki yang bernama Tengku Haiqal Harith itu. Entah hendak panggil apa Alice sendiri tidak tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
“Nah.. Saya dah isikan. So.. Confirm la ya design ni? Err.. Encik...” teragak-agak Alice hendak mengucapkan.
“Haiqal.” Pantas Haiqal menyampuk. Alice mengangguk. Dia pun terfikir hendak memanggil lelaki itu dengan nama itu, tapi manalah tahu kalau-kalau nama panggilan itu Qal ke.. Harith ke..
“Okey Encik Haiqal. Macam ni, borang semua dah isi. Encik pun dah tunjuk nak design mana. Encik nak berapa copies ni? Lagi satu butir-butir tentang address, nama walimatul urus semua tolong berikan pada saya selewat-lewatnya minggu depan. Boleh?” panjang lebar Alice memberitahu.
Dahi Haiqal berkerut-kerut. Minggu depan? Kenapa lama sangat nak kena tunggu minggu depan? Telefon bimbitnya dikeluarkan. Sekilas dia memandang jam di pergelangan tangan. Hurm. Sudah lama benar dia disini. Masa untuk beredar.
“Aku bagi kau info-info tu semua sekejap lagi. Email adakan? Nanti aku directly kasi kat email je. Aku dah lambat jugak ni.” Beritahu Haiqal, tangannya laju menaip mesej ringkas di telefon bimbitnya. Alice memandang siling.
Fuhh... Akhirnya.. Dari tadi aku tunggu saat ni. Baru sekarang kau nak angkat kaki! Alice menarik nafas dalam-dalam. Dia menghadiahkan senyuman pada Haiqal.
“Ni aku nak bagitahu. Kerja-kerja tu semua aku nak siap dalam waktu tiga hari,” beritahu Haiqal. Anak mata Alice membulat. What? Tiga hari? Gila ke? Paling cepat pun seminggu. Mana boleh tiga hari!
“Maaf encik. Tapi biasanya proses-proses printing memakan masa seminggu paling cepat encik.” Kata Alice dengan suara yang perlahan. Nasib baiklah pelanggan, kalau orang lain, sudah lama dia bertukar menjadi singa. Dia masih berfikir dengan waras lagi!
Wajah Haiqal bertukar kelat. Dia memandang Alice dari atas ke bawah. Beberapa saat kemudian dia tersenyum sinis.
“Aku tak kira. By hook or by crook, siapkan dalam tiga hari. Berapa pun harganya. Aku bayar,” ujar Haiqal.
Alice terkedu. Sungguhlah mamat yang berada di hadapannya tidak faham bahasa melayu yang dituturkan olehnya sebentar lagi. Apa dia ingat kedai ni bapak dia punya ke? Suka hati hendak memerintah, tetapkan due-date.
“Fine. We will try our best,” Alice sekadar menyedapkan hati Haiqal. Haiqal tersenyum manis. Wajahnya yang putih melepak itu memang boleh mencairkan hati mana-mana gadis. Tapi tidak bagi Alice! Bagi Alice, senyuman itu senyuman menyakitkan hati!
“Make sure ya.. Aku datang balik tiga hari nanti,” Haiqal meminta diri lantas mengenyitkan sebelah matanya pada Alice.
Alice mendengus kasar. Setelah Haiqal keluar sahaja dari kedai, Alice menendang kotak yang berisi kertas di hadapannya dengan kuat. Sebal! Dia sangat sebal!
“Kak Nabilah!” laung Alice dengan lantang. Nabilah yang berada di bahagian editorial datang dengan tergesa-gesa.
“Ya Alice, kenapa ni?” soal Nabilah. Alice mencebik. Borang yang baru diisi sebentar tadi diserahkan kepada Nabilah. Bulat mata Nabilah memandang.
“Lima ribu keping dalam tiga hari? Sawan ke dik customer ni?” seolah-olah tidak percaya Nabilah berkata. Alice menjungkit bahu. Dia memicit-micit kepalanya. Sungguh memeningkan! Ini baru hari pertama!
Nabilah terjeda. Kepalanya ligat berfikir. Bagaimana nak buat ya? Nampaknya mereka harus bersengkang mata untuk menyiapkan tempahan ini. Tempahan yang begitu banyak sekali. Bukan calang-calan orang!
“Alice pergi makan dulu. Nanti kita bincang lagi tentang ni, okey?” Nabilah memujuk Alice. Alice sekadar mengangguk. Kakinya perlahan-lahan merapati meja yang berada tidak jauh darinya.
Di luar pula, hujan mulai turun. Nasi yang berada di hadapannya dipandang tanpa nafsu. Lelaki tadi memang benar-benar membuatkan urat sarafnya putus! Sabar Alice.. Sabar.. Alice memegang dadanya lantas menghirup sedikit minuman berkarbonat yang dibeli oleh Amir sebentar tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
next.... |
|
|
|
|
|
|
|
nexttt gak...... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi gak.... |
|
|
|
|
|
|
|
woh woh woh........
alice ni...mmg kurang kesabaran le.
salah hemat haiqal tu xjd kahwin tunang tinggalkan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Best2..sambung lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi Shah, bestlah........... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok gak jalan ceritanya....Continue plz |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 3
ALICE memegang kepalanya. Sakit.. Sakit memang sakit! Pening memikirkan perihal petang tadi! Dengan sikap pelanggan yang menyakitkan hati itu! Dia ingat dia siapa? Tiga hari? Arghh!! Alice menjerit di dalam hati.
Telefon bimbit yang berada di dalam laci terus dikeluarkan. Alice memeluk patung Mickey Mouse kecilnya. Kalaulah lelaki kerek yang bernama Haiqal tu ada di hadapan matanya sekarang ni, dah lama dia simbah dengan asid! Sumpah! Alice mengetap bibir.
Eiii.. Sakitnya hati!
“Assalamualaikum, hoit.. Mana?” sapa Alice dengan nada yang datar. Kedengaran tawa di hujung talian. Alice melemparkan pandangannya ke luar tingkap yang betul-betul berada berdekatan dengan katilnya.
“Rumah je. Asal?” jawab suara di corong telefon. Alice mengeluh. Posisi kepalanya dibetulkan sedikit. Penat, serabut, kusut, kalut!
“I need your help. Boleh tolong tak?” pinta Alice.
“Ok go..”
“Jumpa dekat Imano malam kang.. Okey?” cadang Alice. Suara di hujung talian berfikir sejenak.
“Oo...kay.” Alice tersenyum.
“Thanks Irsyad.” Ucap Alice. Sejurus itu talian dimatikan. Alice memandang siling pula. Pandangannya tepat sembilan puluh darjah pada siling. Erm erm.. Harap la Irsyad dapat bantu aku. Kalau tak dapat tolong jugak, memang aku mati la.. Fikir Alice di dalam hati.
Tadi Nabilah sempat tunjukkan rekaan kad kahwin yang diminta oleh Haiqal, semuanya sudah siap dan ambil masa untuk cetak saja. Memang semuanya kena kerja lebih masa. Customers always right. Huh.. Yalah sangat.. Alice memusingkan bebola matanya ke atas.
Ada lori ada bas, ada hari nanti tengok la aku balas.. rungut Alice. Hari pertama saja sudah ditimpa tangga. Belum hari kedua lagi ni. Ada masa lagi dua hari untuk siapkan lima ribu keping kad kahwin.
Either beritahu mama, or telefon Haiqal kalau tak dapat siap. Tapi.. si mamat tu nanti mesti naik darah. Memang la aku tak sanggup nak tengok muka kerek dia lagi. Gaya dah macam mat salleh celup je. Tambah lagi dengan muka bengis.
Alice mengurut keningnya. Kata orang kalau lama-lama urut kening ni, lama-lama memori akan bertambah kuat. Alice memeluk patung Mickey Mousenya dengan bertambah erat. Hai la Mickey, kenapa la kau tak hidup.. Kalau tak, boleh aku luah dengan kau masalah aku ni. Alice berkata lagi.
Sungguh aku dah gila. Segala jenis macam urat dalam badan ni dah putus, dah tak berfungsi dengan sebaiknya. Sampai aku sendiri cakap sorang-sorang. Keadaan dah kritikal gila ni. Bahana tempahan kad kahwin. Tak pernah aku rasa macam ni.. Alice Alice..
Pintu bilik diketuk. Wajah Amir tersembul di pintu dengan sengih nakal. Alice sekali lagi mengeluh. Datang dah bala yang baru. Ni kalau dah datang dengan muka macam patung Chucky dalam Child Plays tu tak lain tak bukan nak kacau aku la tu.
Pantas dan tepat Alice membuat kesimpulan. Amir mengatur langkah, duduk bersebelahan dengan adiknya itu.
“Muka kelat je dik? Ada problemkah?” Amir cuba cungkil rahsia. Alice menjeling tajam.
“Biar la.. Kalau cerita pun macam la Along minat nak dengar..” Alice berjauh hati. Amir tergelak. Pipi Alice dicubit.
“Tak comel adik Along ni nak merajuk. Umur dah lanjut dah. Dah boleh jadi mak orang,” usik Amir. Alice menjegilkan matanya. Hampeh punya Along. Ke situ pulak dia fikir..
“Biar la.. Siapa nak kahwin pun,” dingin suara Alice. Amir tergelak lagi.
“Cakap ikut sedap gigi boleh la. Nanti tau la Alice macam mana nikmatnya bercinta. Sampai tahi kucing pun rasa macam Ferrero Rocher, air kencing tikus pun dah macam air Pepsi.. Terbaik..” ujar Amir.
“Selekeh la Along ni. Ada ke pakai umpamakan benda kotor dengan makanan. Demam ke apa?” Alice mendengus. Amir tertawa.
“Along cakap je pun. Nanti Alice tahu la macam mana rasanya..” Alice mencebik.
“Jangan nanti Alice rasa tahi kucing dengan air kencing tikus tu sudah. Tu Along buat suspens je tu.” Gelak Amir. Alice menarik muncung.
“Along ingat Alice ni pengotor macam Along ke?” Alice menarik muncung lebih panjang.
“Alice lagi pengotor.” Amir mengusik lagi.
“Eiii!!! Orang dah la tengah stress. Along kacau lagi!” Alice ketap bibir.
“Alololo.. Stress kenapa ni? Cuba bagi tahu. Biar Along tolong..” prihatin Amir menawarkan bantuannya.
“Betul nak tolong?”
“Tengok la macam mana bantuan yang diperlukan. Kalau perlukan model, Along sedia je.” Sejurus itu lengan Amir dicubit oleh Alice. Amir ketawa.
“Customer kat tempat mama mintak sediakan lima ribu keping kad kahwin dalam masa tiga hari. Gila betul..” Kening Amir terangkat sebelah. Rasa macam nak pengsan saja bila mendengar kata-kata adik perempuannya itu. Biar betul?
“Which customer?” Serius Amir bertanya. Alice mengeluh.
“Yang tadi Along blah macam tu je. Ingat? Mamat yang pakai tuksedo tu. Kerek betul.” Komen Alice. Amir memandang siling, cuba mengingati kembali. Yang mana ya.. Seketika kemudian dia teringat! Oh ya!
“Ohh! Yang tu!” Alice membuat muka. Amir tersengih.
Mereka berdua diam. Hanya angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa saja yang kedengaran. Amir memandang adiknya, terdetik rasa kasihan dalam dirinya. Macam mana nak tolong ya?
Alice menyandarkan tubuh badannya pada katil. Patung Mickey Mouse yang sederhana besarnya itu sekali lagi dia peluk. Peningnya la kepala.. Macam mana nak kawal kepala yang macam nak meletup ni? Alice menyoal dirinya sendiri.
Nampaknya Along pun macam tak boleh bantu aku pun. Gaya convincing gila je macam nak bantu. Bila dah beritahu, terus diam. Tu sah la tu tak boleh tolong! Rungut Alice di dalam hati. Amir memandang Alice.
“Macam Along tak tahu je kan Alice kutuk Along?” Amir serkap jarang. Alice memalingkan wajahnya ke arah lain.
“Ingat Alice tak ada benda lain ke nak buat selain kutuk Along, huh?” Amir tergelak.
“Baru gertak sikit nak emo.. ABC ke?” soal Amir. Kening Alice terangkat lagi. Along mula dah tu guna istilah yang aku tak faham.. Haish..
“PMS la.. Jangan la buat muka gaya nak makan orang.” Ujar Amir. Alice sekadar tersenyum.
“Tahu Along takut,” perlahan Alice berkata.
“Jangan nak berangan la.. Okey Alice. Along rasa Along ada plan.” Amir bersuara. Alice mengangkat muka. Macam best je plan Along ni? Hurm..
“Apa dia?” Amir membisikkan secara perlahan apa yang berada di dalam kepalanya kini. Mudah-mudahan menjadi. Amir tersenyum. Setidak-tidaknya dapatlah dia mengurangkan sedikit rasa bimbang dalam hati adiknya itu.
Alice tersenyum. Menarik cadangan Along.. Tapi usaha kena lebih sikit la. Tak boleh main-main. Gila ke.. Masa tinggal lagi dua hari je. Memang kena super serius mirius tahap nak gila ni! Getus Alice.
“Deal?” Amir angguk.
“Orait aite!”
**** |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|