View: 12776|Reply: 1
|
[Johor]
3 suspek culik Albertine Leo direman 4 hari
[Copy link]
|
|
Tiga individu yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun tiba di mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman di Kompleks Mahkamah Johor Bahru, Johor. FOTO NUR AISYAH NAZALAN
Johor Bahru: Tiga suspek termasuk seorang wanita yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun Sabtu lalu, direman empat hari.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Suhaili Sapun selepas membenarkan permohonan dibuat pihak polis.
Tempoh reman yang bermula hari ini itu membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap suspek mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, dua suspek lelaki tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru masing-masing yang berpakaian lokap berwarna oren dan ungu pada 8.45 pagi diiringi anggota polis dengan tangan bergari.
Seorang lagi suspek iaitu wanita tiba 10 minit kemudian dengan pakaian lokap warna oren dikawal ketat anggota polis wanita.
Semalam, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 28 hingga 55 tahun itu ditahan polis pada 1.30 tengah hari di sekitar kawasan Gelang Patah, Iskandar Puteri.
Albertine Leo Jia Hui disedari hilang kira-kira jam 8.30 malam, Sabtu lalu ketika di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri dekat sini.
Kes kehilangannya itu diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ah Long ke? Iols baca kat TT ada yg speku stanic ritual / jual organ. Allahu skrg i jadi paranoid pula, anak nak main basikal pun iols tak kasi  |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|