CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30389|Reply: 0

[Kedah] Gadis dilaporkan hilang ditemui selamat bersama rakan baru sebulan kenal

[Copy link]
Post time 23-7-2024 12:04 AM | Show all posts |Read mode
Gadis dilaporkan hilang ditemui selamat bersama rakan baru sebulan kenal


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Julai 22, 2024 @ 11:22pm [email protected]





Dhania Maisara yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu, ditemui selamat di Stesen KTM Arau, hari ini. - Foto ihsan keluarga





ALOR SETAR: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Bukit Kayu Hitam sejak Khamis lalu, ditemui selamat di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Arau, Perlis, hari ini.

Bapa remaja terbabit, Muhammad Suhairi Ghazali, 45, berkata beliau bergegas ke stesen berkenaan untuk mengambil Dhania Maisara sebaik saja dimaklumkan bahawa anaknya itu sudah dijumpai kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Beliau berkata, penduduk kampung menemui Dhania Maisara bersama seorang rakan perempuannya ketika mereka turun dari kereta api di stesen itu.

"Penduduk kampung terbabit kemudian menahan mereka sebelum memaklumkan perkara itu kepada saya.

"Setiba di Stesen KTM Arau, saya mendapati anak berada dalam keadaan selamat sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau untuk membuat laporan penemuan itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, Muhammad Suhairi memaklumkan setakat ini, Dhania Maisara masih belum bersedia untuk menceritakan perkara sebenar yang berlaku sepanjang tempoh dia dilaporkan hilang.

"Setakat ini, Dhania belum menceritakan apa-apa lagi... mungkin dia masih trauma," katanya.

Muhammad Suhairi berkata, beliau sebelum ini memuat naik status dalam media sosial berhubung kehilangan Dhania Maisara untuk memohon bantuan mengesan keberadaan anaknya itu.

Sebelum itu, beliau berkata, Dhania Maisara dipercayai keluar makan bersama rakan dikenali sebagai Intan, 16, yang baru saja dikenalinya kira-kira sebulan lalu.

"Pada hari kejadian, saya ada menerima pesanan WhatsApp daripada seorang individu mendakwa dirinya sebagai ibu kepada Intan yang memberitahu membawa Dhania keluar makan bersama.

"Bagaimanapun, selepas disiasat melalui pesanan WhatsApp itu, ia didapati sebenarnya dihantar sendiri oleh Intan," katanya.

Beliau berkata, terdahulu melalui 'penjejak' iPhone, anaknya itu dikesan berada di Johor Bharu, Johor, pada awal pagi tadi sebelum akhirnya ditemui di KTM Arau.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.279415 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list