CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33183|Reply: 0

[Kedah] Pelajar maut nahas 3 kenderaan ketika dalam perjalanan ke sekolah

[Copy link]
Post time 22-7-2024 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar maut nahas 3 kenderaan ketika dalam perjalanan ke sekolah


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Julai 22, 2024 @ 6:22pm [email protected]





Seorang pelajar perempuan maut dalam kemalangan berhampiran SMK Bongor, pagi tadi. - Foto ihsan pembaca





BALING: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Enam maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan dua lagi kenderaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongor, di sini, hari ini.

Nahas berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ketika mangsa, Siti Umairah Alias, 18, dari Kampung Bandar, Mukim Siong, sedang dalam perjalanan ke sekolah, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala serta muka.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata pihaknya menerima makluman orang awam pada jam 7.45 pagi berhubung insiden itu yang membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Beliau berkata, hasil siasatan awal di lokasi mendapati ketika kejadian, mangsa yang juga pelajar SMK Baling sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solariz menuju ke sekolahnya dan pada masa sama, seorang lelaki warga Indonesia berusia 47 tahun menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Weng menghala ke Baling di laluan sama.

"Ketika motosikal ditunggang pelajar itu sedang bergerak lurus di lokasi kejadian, motosikal Modenas Kriss yang berada di hadapan motosikal Yamaha Ego Solariz berkenaan dipercayai tiba-tiba mengubah haluan ke kanan jalan untuk membelok ke simpang di sebelah kanan.

"Ia dipercayai menyebabkan motosikal ditunggang pelajar perempuan berkenaan tidak sempat mengelak lalu bergesel pada bahagian sisi kanan motosikal ditunggang lelaki warga Indonesia terbabit, sebelum bertembung di bahagian hadapan sebelah kanan sebuah kereta Perodua Myvi dari arah bertentangan.

"Perodua Myvi itu dipandu seorang kerani lelaki tempatan berusia 36 tahun dari arah Baling ke Bongor," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Akibat perlanggaran itu, Shamsudin berkata, pelajar perempuan terbabit dikatakan melambung lalu terjatuh ke tengah jalan menyebabkannya mengalami kecederaan parah di kepala dan muka, manakala penunggang motosikal Modenass Kriss yang turut terjatuh di tengah jalan pula hanya luka di tangan serta kaki.

Beliau berkata, pemandu kereta Perodua Myvi itu bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada motosikal Modenas Kriss ditunggang lelaki warga Indonesia itu mengubah haluan serta bergesel dengan motosikal ditunggang mangsa sehingga menyebabkan kemalangan.

"Justeru, lelaki terbabit ditahan untuk tindakan lanjut. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dia negatif dadah," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.081082 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list