CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70416|Reply: 0

[Perlis] 2 koperal polis ditahan kes peras ugut RM700, pukul lelaki Bangladesh

[Copy link]
Post time 20-7-2024 01:37 PM | Show all posts |Read mode
2 koperal polis ditahan kes peras ugut RM700, pukul lelaki Bangladesh


Aizat Sharif - Julai 20, 2024 @ 12:27pm [email protected]





Dua anggota trafik Perlis didakwa terbabit kes peras ugut, pukul warga Bangladesh dikawal polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar, hari ini. - NSTP/AIZAT SHARIF





KANGAR: Dua anggota polis trafik Perlis direman tiga hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan kes pemerasan dan mengasari seorang lelaki warga Bangladesh, semalam.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia awal 30-an dan berpangkat koperal itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas mereka dibawa ke Mahkamah Majistret, hari ini.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

"Buat masa ini, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 323 kerana dipercayai memeras ugut dan memukul warga Bangladesh.

"Kejadian dipercayai di kawasan sekitar Arau semalam dan suspek ditahan di balai polis selepas laporan diterima daripada mangsa," katanya.

Katanya, mangsa mendakwa dipukul dan diperas ugut oleh suspek dan wang yang dipercayai diterima daripada peras ugut itu sebanyak RM700.

"Kita masih menunggu laporan penuh perubatan daripada doktor untuk mengetahui tahap kecederaan dialami lelaki Bangladesh itu selepas dipercayai dipukul kedua-dua suspek.

"Dalam hal ini, kita tidak akan sesekali melindungi anggota mahupun pegawai polis yang bertindak menyalahi undang-undang. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya mereka didapati bersalah," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.143052 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list