CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27979|Reply: 0

[Kedah] Pas yakin agama lain turut larang aktiviti judi

[Copy link]
Post time 19-7-2024 07:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 19-7-2024 07:41 PM

Pas yakin agama lain turut larang aktiviti judi

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

19 Julai 2024 07:11pm




Himpunan aman ini bagi menyokong penutupan premis judi di Dataran Zero Kilometer, Sungai Petani pada Jumaat.




SUNGAI PETANI - Pas Sungai Petani yakin bahawa pendirian agama lain di Malaysia turut melarang aktiviti perjudian yang membawa keburukan sekali gus menyokong penutupan premis judi di Kedah sejak 2023.

Yang Dipertuanya, Sharir Long yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka berkata, tindakan kerajaan negeri melaksanakan penutupan premis judi juga dilihat selari demi kebaikan semua pihak memandangkan kegiatan itu telah membawa lebih banyak keburukan dalam kehidupan seseorang individu.


Sharir






"Saya mencadangkan supaya diadakan pertemuan dengan semua tokoh agama Sikhisme, Hinduism, Buddhism dan Kristian, di mana kita berjumpa dan tanya apa pandangan agama kamu tentang judi?

"Kalau semua melarang, saya tidak melihat sebarang masalah," katanya dalam himpunan aman menyokong penutupan premis judi di Dataran Zero Kilometer di sini pada Jumaat.


Hadir sama, ADUN Tanjung Dawai, Hanif Ghazali dan ADUN Bukit Selambau, Azizan Hamzah.

Jelas Sharir, himpunan yang dihadiri kira-kira 200 peserta terdiri daripada pimpinan dan ahli Pas serta badan bukan kerajaan (NGO) itu bertujuan menyatakan pendirian tegas bahawa mereka akan terus berusaha memastikan premis judi tidak lagi beroperasi di Kedah.


"Saya lihat penutupan premis judi tak beri permasalahan, sebaliknya ia telah memberi lebih banyak keburukan antaranya bunuh diri dan memporak-perandakan rumah tangga hingga cerai-berai," katanya.






Himpunan aman dihadiri pimpinan dan ahli Pas serta NGO sekitar Sungai Petani.




Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun lalu, membenarkan permohonan semakan kehakiman dibuat bagi menghalang tindakan kerajaan negeri mengharamkan aktiviti perjudian berlesen.

Berikutan itu, kerajaan negeri difahamkan memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 14 November 2021 lalu mengumumkan, Kedah tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian, selain mengehadkan jualan arak di seluruh negeri.

Semua operasi premis perjudian dan loteri di Kedah ditamatkan sepenuhnya mulai 1 Januari 2023 apabila kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian selepas tarikh berkenaan.


https://www.sinarharian.com.my/article/675959/berita/politik/pas-yakin-agama-lain-turut-larang-aktiviti-judi



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.444737 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list