CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28440|Reply: 0

[Pulau Pinang] Rahsia rumah usang simpan arak tidak bercukai dibongkar

[Copy link]
Post time 19-7-2024 07:13 PM | Show all posts |Read mode
Rahsia rumah usang simpan arak tidak bercukai dibongkar

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

19 Julai 2024 01:35pm








Roselan (tiga dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan minuman keras yang dirampas.




BUTTERWORTH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan cubaan penyeludupan minuman keras dengan menjadikan sebuah rumah usang di Jalan Kota Giam, di Jelutong sebagai menyimpan bahan berkenaan pada 4 Julai lalu.

Pengarahnya, Roselan Ramli berkata, serbuan dilakukan Unit Marin Bahagian Penguatkuasaan Pulau Pinang pada jam 6.30 petang berjaya menemui 21,648 tin minuman keras jenis bir dalam premis terbabit.



Menurutnya, minuman keras pelbagai jenama itu dengan 9,198.96 liter itu bernilai anggaran RM45,994.80 dan cukai berjumlah RM205,772.40 disyaki tidak berkastam.
"Hasil pemeriksaan mendapati sebahagian minuman keras ini bertanda 'Malaysia Duty Not Paid' iaitu untuk pasaran zon bebas atau untuk dieksport manakala sebahagian lagi dipercayai diimport secara tidak sah kerana tiada setem cukai.
"Minuman keras jenis bir yang diimport diklasifikasikan sebagai barang larangan import dan tertakluk dibawah Item 3, Jadual Ketiga, Bahagian II Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Jumaat.

Roselan berkata, siasatan awal mendapati pemilik premis berkenaan telah meninggal dunia sejak setahun lalu dan rumah berkenaan telah terbiar dan rosak.

Jelasnya, siasatan mendapati kesemua minuman keras itu untuk dijual di pasaran bagi kawasan utara semenanjung.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan ini.


"Kita percaya mereka menggunakan helah menyimpan minuman keras tidak berkastam ini di premis yang terbiar di dalam kawasan kampung kerana bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa," katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74 (1)(e) Akta Eksais 1976.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.034865 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list