CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25430|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tak munasabah bubar GTWHI kerana video promosi Festival Georgetown 2024 - Chow

[Copy link]
Post time 19-7-2024 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Tak munasabah bubar GTWHI kerana video promosi Festival Georgetown 2024 - Chow


BERNAMA





CHOW Kon Yeow. FOTO arkib NSTP




Georgetown: Kerajaan Pulau Pinang menyifatkan cadangan membubarkan dan menutup Georgetown World Heritage Incorporated (GTWHI) sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) susulan kontroversi berkaitan video promosi Festival Georgetown 2024 satu permintaan tidak munasabah.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, GTWHI yang wujud sejak 16 tahun lalu itu perlu dinilai dari segi peranan agensi berkenaan untuk memastikan Georgetown kekal sebagai tapak warisan dunia.

Beliau berkata, GTWHI juga menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan World Heritage.

"Saya percaya video itu dipaparkan sejak lebih sebulan lalu, ia mengandungi isi kandungan yang bukan apa yang kita lihat hari ini, ia ada 80 program sepanjang (Festival Georgetown 2024).

"Kalau cuma kerana satu video mahu GTWHI dibubarkan, saya dapati ini satu permintaan yang tidak munasabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival George Town 2024 di sini, hari ini.

Chow berkata demikian mengulas laporan akhbar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya daripada Bersatu, Izhar Shah Arif Shah yang mencadangkan kerajaan negeri membubarkan GTWHI.

Terdahulu, GTWHI selaku penganjur Festival Georgetown 2024 meminta pihak kontraktor festival yang dilantik untuk menyelesaikan isu berkaitan video promosi yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India saja.

Ia berikutan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin parti politik kesal dengan penyiaran video promosi sambutan festival berdurasi satu minit 47 saat yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.

Beliau berkata, sejak dulu lagi program-program yang diatur sepanjang Festival Georgetown berlangsung membabitkan penyertaan pelbagai kaum dan etnik di negeri ini.

"Kalau kerana satu (video) dikatakan kesilapan, kita sudah arahkan penganjur untuk lakukan apa yang terbaik dan memberi penjelasan kepada kerajaan negeri," katanya.

Chow berkata, selain penyertaan peringkat antarabangsa, festival itu turut disertai sembilan kumpulan terdiri kaum Melayu membabitkan pelbagai bentuk persembahan, bengkel dan lain-lain.

Sementara itu, bagi menghormati Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim esok beberapa acara hiburan di festival berkenaan ditangguhkan.

Festival Georgetown dengan tema "Kini Di Sini" bermula hari ini hingga 28 Julai ini, bakal membawakan 80 program termasuk 53 acara persembahan artis tempatan dalam bentuk seni filem, teater, pameran, seni pemasangan dan pengalaman deria silang disiplin.



Disiarkan pada: Julai 19, 2024 @ 4:07pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.035957 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list