CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26355|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Bukan nama Georgetown saja yang perlu ditukar...'

[Copy link]
Post time 19-7-2024 06:06 PM | Show all posts |Read mode
'Bukan nama Georgetown saja yang perlu ditukar...'


Julai 19, 2024 @ 3:43pm



Kon Yeow menyaksikan persembahan sempena majlis perasmian Festival Georgetown 2024, hari ini. - NSTP/MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, menegaskan bukan nama Georgetown saja yang perlu ditukar jika dianggap ada kaitan dengan penjajah, kerana terdapat nama tempat di negeri lain juga mempunyai warisan dan legasi penjajah.

Beliau menekankan, isu berhubung nama Georgetown sebagai ibu negeri sering dibangkitkan dan pihaknya telah memberi penjelasan berhubung perkara itu sebelum ini.

"Lain-lain nama (pun) ada warisan legasi zaman penjajah, dan kita sudah banyak kali jawab isu itu (gesaan supaya nama Georgetown ditukar kepada Tanjung Penaga). Kalau mahu tukar semua nama atau warisan penjajah dihapuskan di atas bumi Malaysia, ia adalah satu keputusan besar.

"Bukan Georgetown saja warisan British, malah ada juga warisan Portugal, Belanda dan lain-lain di bumi Malaysia, serta ada juga banyak warisan bangsa lain selain bangsa tempatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Georgetown 2024, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan PAS Pulau Pinang yang menggesa kerajaan negeri mengembalikan nama asal Georgetown, iaitu Tanjung Penaga yang melambangkan 'identiti Malaysia'.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, sebelum nama Pulau Pinang popular, penduduk di Seberang Perai lebih mengenali negeri ini dengan nama Tanjong Penaga sempena nama pokok penaga yang tumbuh di sekitar tapak Fort Cornwallis.

Dipercayai nama atau singkatannya 'Tanjong' masih digunakan dalam geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan hingga 1800.

Portal itu memaklumkan hingga kini, nama 'Tanjong' begitu serasi dengan penduduk Pulau Pinang dan Seberang Perai apabila merujuk kepada bandar Georgetown. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.036631 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list