CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27855|Reply: 0

[Pulau Pinang] 350 syarikat, organisasi sertai Persidangan Antarabangsa MARIM 2024

[Copy link]
Post time 18-7-2024 01:50 PM | Show all posts |Read mode
350 syarikat, organisasi sertai Persidangan Antarabangsa MARIM 2024

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

18 Julai 2024 12:48pm








Nurhayati sedang memberi penerangan dan perkongsian mengenai risiko dan punca jenayah rasuah di Persidangan Antarabangsa MARIM 2024.




GEORGE TOWN - Persidangan Antarabangsa Persatuan Pengurusan Risiko dan Insurans Malaysia (MARIM) 2024 mendapat sambutan memberangsangkan apabila disertai oleh 350 wakil daripada pelbagai syarikat serta organisasi tempatan dan antarabangsa.

Bertemakan Mengemudi Ketidakpastian-Strategi untuk Masa Depan yang Berdaya Tahan, persidangan itu diadakan selama dua hari bertempat di sebuah hotel di sini.



Pengerusi MARIM, Faizatul Farhah Ghazali berkata, persidangan itu diadakan untuk mengumpul para profesional dalam bidang pengurusan risiko dan insurans bagi membincangkan isu-isu mendesak serta berkongsi strategi dalam menghadapi cabaran global masa kini.

Menurutnya, sejak penubuhannya pada tahun 1992, keahlian MARIM telah berkembang pesat termasuk syarikat dan organisasi antarabangsa.


Farhah (tengah) bergambar bersalam panel jemputan yang berkongsi maklumat di persidangan tersebut.




"Sejak penubuhannya, MARIM telah memainkan peranan penting dalam menggalakkan, memupuk dan membangunkan konsep serta amalan pengurusan risiko dan insurans di Malaysia. Ia juga sebagai platform kepada para peserta dan profesional untuk berkumpul, bersuai kenal, berkongsi idea antara satu sama lain dan bertukar pendapat.

"Ia bertujuan untuk menyokong antara satu sama lain daripada segi amalan pengurusan risiko serta menggalakkan perkongsian pengetahuan mengenai perkembangan terkini dalam industri," katanya ketika ditemui selepas persidangan tersebut pada Rabu.

Antara jemputan yang menjayakan Persidangan Antarabangsa MARIM 2024 itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia Rasuah Busters, Nurhayati Nordin dan Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin.




Tambahnya, pengurusan risiko dianggap sebagai satu set kemahiran penting yang diaplikasikan dalam pelbagai sektor seperti perbankan, telekomunikasi dan pembinaan.

"Setiap industri mempunyai pengurusan risiko sendiri yang berfungsi menguruskan risiko-risiko dalam organisasi tersebut. Melalui platform MARIM, para pengurus risiko dapat berkongsi cabaran yang mereka hadapi dalam sektor masing-masing, menjadikan persidangan ini lebih memberi fokus kepada perkongsian ilmu dan pembangunan profesional.

"Selain itu, persidangan ini juga membuka peluang untuk kolaborasi pada masa depan. Dengan kehadiran peserta dan penaja antarabangsa, persidangan ini turut membantu menggalakkan aktiviti ekonomi negara dengan menarik pelabur serta peserta dari luar negara untuk melibatkan diri dalam acara ini," tambahnya lagi.

Kata Farhah, pengurusan risiko dalam memerangi rasuah amat penting dan ia mempunyai skop yang sangat luas.

"Pengurusan risiko merangkumi skop yang luas termasuk pengurusan risiko rasuah. Walaupun pengurusan risiko rasuah ini dianggap sub berskala kecil, ia mempunyai impak besar kerana berkait rapat dengan undang-undang antirasuah.

"Penilaian risiko rasuah penting untuk mengenalpasti dan mengesan tanda-tanda atau kawasan berisiko tinggi berlakunya rasuah dalam sesebuah syarikat dan organisasi. Dengan melaksanakan penilaian risiko rasuah, organisasi dapat meningkatkan kawalan di kawasan berisiko tinggi dan menghindari berlakunya rasuah.

"Ia juga dapat menerapkan ketelusan dalam organisasi dan melindungi reputasi syarikat. Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyatakan bahawa liabiliti korporat boleh terjejas jika berlaku rasuah dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, mengenalpasti dan mengurus risiko rasuah adalah langkah penting dalam usaha mencegah gejala rasuah dari awal," jelasnya lagi.

Mengulas mengenai kerjasama MARIM bersama Rasuah Busters, Farhah berkata, MARIM telah lama bekerjasama dengan beberapa organisasi antaranya Rasuah Busters dalam usaha membanteras rasuah.

"Kerjasama ini penting kerana MARIM mengenalpasti risiko yang mana ia sebahagian daripada tugas kami, namun kami tidak mempunyai kepakaran khusus dalam bidang rasuah. Dengan bekerjasama dengan Rasuah Busters, yang lebih berpengalaman dalam isu rasuah, MARIM dapat meningkatkan kesedaran bukan sahaja dalam kalangan rakan kongsi dalaman tetapi juga secara meluas.

"Pengalaman Rasuah Busters dalam menjalankan aktiviti dengan pelbagai pemegang taruh menjadikan persidangan ini lebih menarik dan berkesan dalam menyampaikan mesej antirasuah kepada peserta persidangan.

"Kerjasama ini menunjukkan bahawa dalam memerangi rasuah, elemen pencegahan dan pengenalpastian risiko adalah kunci utama kejayaan," katanya lagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.029356 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list