CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25808|Reply: 0

[Kedah] Kes keropok beracun: Pekebun dibebaskan dengan jaminan polis

[Copy link]
Post time 18-7-2024 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Kes keropok beracun: Pekebun dibebaskan dengan jaminan polis


BERNAMA



GAMBAR hiasan




Kulim: Seorang lelaki berusia 33 tahun yang direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua beradik maut akibat termakan keropok mengandungi racun, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, suspek seorang pekebun itu, direman sejak 11 Julai sehingga semalam.

"Tempoh reman tidak akan disambung dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

"Kertas siasatan sudah lengkap dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan dua beradik, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia selepas makan keropok mengandungi racun tikus.

Pada kejadian 7 Julai di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar dekat sini, kanak-kanak itu dipercayai mengambil peket keropok yang digantung pada dawai besi pagar kebun oleh pemilik kebun bagi memerangkap monyet.

Muhammad Akil Syauqi dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) 10 Julai, manakala Muhammad Luth Syauqi meninggal dunia dua hari kemudian di hospital sama.

Jenazah dua beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling.

Siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.



Disiarkan pada: Julai 18, 2024 @ 9:10am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.033626 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list