CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28791|Reply: 0

[Kedah] 2 beradik maut makan keropok beracun: Reman pekebun tamat esok, tidak akan disambung

[Copy link]
Post time 17-7-2024 09:02 PM | Show all posts |Read mode
2 beradik maut makan keropok beracun: Reman pekebun tamat esok, tidak akan disambung


Zuliaty Zulkiffli[email protected]





PEMILIK kebun yang tamat tempoh reman akan dibebaskan dengan jaminan polis esok. FOTO Arkib NSTP





Kulim: Tempoh reman terhadap lelaki berusia 33 tahun yang tamat esok bagi siasatan kes dua beradik maut termakan keropok beracun, tidak akan disambung semula.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi dalam kenyataannya hari ini berkata, suspek yang juga pekebun berusia 33 tahun itu akan dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, dua beradik, Muhammad Akil Syauqi, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia selepas termakan keropok yang mengandungi racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar Kulim pada 7 Julai lalu.

Muhammad Akil meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Pulau Pinang pada Rabu lalu sebelum adiknya disahkan meninggal dunia, dua hari kemudian.



Disiarkan pada: Julai 17, 2024 @ 8:54pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.392620 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list