CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13523|Reply: 0

[Kedah] Prosedur hasilkan varieti benih padi, hybrid dipermudahkan

[Copy link]
Post time 17-7-2024 04:18 PM | Show all posts |Read mode
Prosedur hasilkan varieti benih padi, hybrid dipermudahkan

OlehROSLINDA HASHIM

17 Julai 2024 03:31pm








Arthur (dua dari kiri) menyampaikan replika bantuan geran kepada usahawan MADA terpilih di PPK Sungai Limau pada Rabu.




YAN - Prosedur bagi menghasilkan varieti benih padi cepat matang termasuk padi hybrid akan dipermudahkan agar ia dapat dilaksanakan segera dalam membantu meningkatkan hasil dalam negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pelbagai kaedah diteroka untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran hasil padi dan beras selaras dengan dasar agromakanan negara dan sasaran untuk mencapai kadar sara diri 80 peratus menjelang 2030.



Menurutnya, untuk permudahkan prosedur operasi standard (SOP) penghasilan benih padi baharu, semua pihak perlu dilibatkan dalam perbincangan agar menepati kehendak masing-masing.

“Perbincangan perlu melibatkan semua pihak, penyelidik kajian termasuk jabatan dan agensi di bawah kementerian untuk memudahkan kelulusan baharu. Kita harap boleh dipermudahkan semua urusan berkaitan dan segera dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan bantuan geran usahawan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA F-IV Sungai Limau pada Rabu.

Beliau menyampaikan bantuan geran berjumlah lebih RM1.1 juta kepada 61 usahawan bimbingan MADA melalui Program Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP), Program Geran Agropreneur Muda (GAM) serta Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan.

Hadir sama, Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh dan Pengurus Besar MADA, Kamarudin Dahuli.

Arthur berkata, antara projek terbaharu membabitkan syarikat tempatan, Koyan Utama Sdn Bhd (KUSB) bersama sebuah syarikat dari China merintis penanaman padi hybrid empat kali setahun di kawasan MADA.

“Perbincangan awal syarikat KUSB bersama agensi dan jabatan bawah Kementerian seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian, MADA dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan.




“Kita akan perkenalkan satu benih padi hybrid baharu dan ia boleh tingkatkan musim penanaman kepada empat kali setahun selain dapat tingkatkan hasil pengeluaran padi,” katanya.

Menurutnya, perbincangan lanjut bagi mengenal pasti wilayah MADA yang bersesuaian dijadikan projek perintis akan diadakan pada hujung Julai ini.

“MADA akan pelopori plot ujian tanaman padi hybrid empat musim setahun ini yang dijangka dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Kita cadangkan supaya MADA menjadi kawasan ujian antara empat wilayah ini supaya boleh menjadi perintis dalam negara memperkenalkan benih padi baharu untuk tingkatkan pengeluaran padi dan beras,” ujarnya.

Arthur berkata, pelaksanaan projek berkenaan bergantung kepada perbincangan lanjut kelak untuk memastikan semua pihak telah bersedia.

“MADA dikenali sebagai Jelapang Padi negara dan jelapang padi terbesar dalam negara, jadi MADA paling sesuai menjadi kawasan ujian tanaman yang pertama bagi benih baharu ini.

“Jangkaan bila dapat dimulakan juga bergantung pada perbincangan akan datang, yang pasti kita mahu projek ini dipermudahkan urusan dan segera dilaksanakan,” katanya.

Pada Jun, Pengerusi KUSB, Dr Ammar Hassan berkata, syarikatnya bersama sebuah syarikat dari China akan memulakan projek perintis penanaman padi hybrid empat kali setahun di Perlis dan Kedah.

Menurutnya, berdasarkan kajian pelaksanaan projek berkenaan mampu menghasilkan padi antara lapan hingga 10 tan sehektar seterusnya meningkatkan pengeluaran padi dalam negara selain menambah pendapatan pesawah.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.035496 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list