CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33236|Reply: 0

[Kedah] Permudah prosedur hasilkan varieti benih padi cepat matang

[Copy link]
Post time 16-7-2024 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Permudah prosedur hasilkan varieti benih padi cepat matang

OlehROSLINDA HASHIM

16 Julai 2024 04:26pm




Ismail meneliti bekas semai di petak semaian padi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tunjang. Gambar kecil: Perbandingan pengeluaran padi di rantau Asia Tenggara pada tahun 2022.



ALOR SETAR - Prosedur untuk menghasilkan varieti benih padi cepat matang harus dipermudahkan untuk meningkatkan hasil dalam negara.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr Ismail Salleh berkata, sudah tiba masanya negara mempelbagaikan varieti padi seumpama kerana Malaysia jauh ketinggalan berbanding negara Asia Tenggara lain dalam penghasilan padi.




Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) yang menyukarkan di semua peringkat harus dipermudahkan agar hasil padi dalam negara dapat dipertingkatkan menerusi penghasilan varieti cepat matang.
“Antara kelemahan negara dalam industri padi adalah ketinggalan dari segi varieti matang jangka pendek 75 hingga 80 hari yang memberikan penghasilan tinggi.



“Sepatutnya kita teroka lebih awal seperti Vietnam atau Indonesia, tetapi negara tiada benih matang dalam tempoh singkat.

"Kita perlukan benih seperti itu agar dapat lakukan tanaman tiga atau empat musim setahun berbanding dua musim,” katanya di sini pada Selasa.








Ismail berkata, penanaman padi di Vietnam adalah tiga musim, manakala Indonesia dan Thailand masing-masing tiga hingga empat musim setahun.




“Tempoh matang padi di negara terbabit antara 75 hingga 85 hari. Purata hasil pula enam metrik tan sehektar di Vietnam dengan keluasan padi tujuh juta hektar, 5.23 tan metrik dengan keluasan 10 juta hektar (Indonesia) dan 2.98 tan metrik di kawasan padi seluas 11 juta hektar di Thailand.

“Purata hasil diperoleh Malaysia ialah 3.57 tan metrik sehektar di keluasan 637,935 hektar dengan menggunakan padi tempoh matang antara 110 hingga 120 hari untuk dua musim setahun,” jelasnya.

Menurutnya lagi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah melancarkan Gelombang Padi dengan 12 inisiatif untuk meningkatkan hasil dalam tempoh beberapa tahun agar negara tidak lagi mengimport beras.

“Gelombang Padi itu usaha yang baik merangkumi penambahbaikan dari aspek tanah, input dan infrastruktur. Namun aspek varieti benih padi tidak diberikan penekanan sedangkan ia penting untuk dapatkan hasil tinggi.

“Kita masih belum ada varieti cepat matang, paling singkat 90 hari menyebabkan hanya boleh tanam dua musim setahun. Sekarang kita cuba teroka lima musim dua tahun dengan gunakan varieti CL (90 hari)” katanya.

Ismail memaklumkan, MADA pernah menjalin kerjasama dengan Indonesia untuk hasilkan varieti cepat matang namun sehingga kini belum berhasil.

“Sudah dua tahun berlalu, masih tak nampak jalan, kekangan SOP menyebabkan projek sangkut.

"MADA hanya tanam padi, benih bukan bidang kuasa kami, inilah desakan kami sejak sekian lama yang mahukan benih padi hasil tinggi dalam tempoh matang singkat,” katanya.

Menurutnya, hanya tiga pihak yang dibenarkan menghasilkan benih padi dalam negara, iaitu Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Agensi Nuklear Malaysia dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Terlalu banyak SOP sehingga agensi berkenaan masih belum mampu cari satu varieti matang antara 75 hingga 80 hari.

“Saya harap semua SOP yang ‘sukar’ sama ada di peringkat MARDI atau IPT dipermudahkan. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ada keluarkan benih dalam dua atau tiga tahun lepas untuk tahan kemarau, ia ambil masa 15 tahun.

“Kita tak mahu ambil masa berbelas tahun kerana negara jiran mampu hasilkan banyak benih baru,” ujarnya.

Mengulas mengenai kerjasama syarikat tempatan, Koyan Utama Sdn Bhd (KUSB) bersama sebuah syarikat dari China merintis penanaman padi hybrid empat kali setahun yang akan dilaksanakan di kawasan MADA di Perlis dan Kedah, Ismail menyokong usaha tersebut dan berharap prosedur dipermudahkan agar dapat segera dilaksanakan.

“Perbincangan awal diadakan bagi menjalankan plot demonstrasi setelah pihak penyelidik UKM selesai menyediakan laporan teknikal berkaitan varieti tersebut.

“Mereka import varieti dari China, iaitu benih yang beri hasil tinggi dan matang dalam jangka masa pendek,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.032007 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list