CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5552|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wajib saring HIV/AIDS akan beri kesan buruk emosi, mental pelajar - GPMS

[Copy link]
Post time 12-7-2024 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Wajib saring HIV/AIDS akan beri kesan buruk emosi, mental pelajar - GPMS


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Julai 12, 2024 @ 12:46pm [email protected]









GEORGETOWN: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menggesa pihak berkuasa dan pengurusan universiti meneliti secara mendalam cadangan mewajibkan ujian saringan HIV kepada pelajar baharu.

Naib Presiden Siswa GPMS, Danial Alimin, berkata mewajibkan ujian saringan HIV berpotensi menimbulkan stigma dan diskriminasi terhadap pelajar yang didapati positif dan boleh beri kesan buruk terhadap kesejahteraan mental dan emosi mereka.

Beliau berkata, GPSMS mengambil maklum mengenai peningkatan kes HIV dalam kalangan kelompok usia 18 hingga 25 tahun, namun langkah yang dicadangkan memerlukan penelitian rapi dan berhemah.

Sekiranya ujian saringan HIV diwajibkan, Danial berkata, maklumat hasil ujian itu hendaklah dijamin kerahsiaan dan tidak akan tersebar atau dibongkar kepada umum selain pihak universiti dan pihak berkuasa kesihatan perlu memastikan data peribadi pelajar dilindungi sepenuhnya.

"GPMS menyarankan supaya usaha lebih difokus kepada pendidikan kesihatan yang komprehensif dan program kesedaran mengenai HIV/AIDS dalam kalangan pelajar.

"Pendidikan yang menyeluruh ini boleh membantu pelajar memahami risiko, cara pencegahan dan kepentingan bagi menjalani ujian saringan secara sukarela," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Danial berkata, GPMS juga mencadangkan supaya pihak universiti mempertingkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang mesra pelajar dan menyediakan sokongan psikososial kepada mereka golongan memerlukan.

Katanya, GPMS juga bersedia bagi bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan dan universiti dalam merangka serta melaksana program yang dapat menangani isu HIV/AIDS secara berkesan tanpa menjejaskan hak dan martabat pelajar.

"Kita yakin bahawa pendekatan berasaskan pendidikan dan sokongan menyeluruh adalah lebih berkesan dalam jangka panjang bagi mengurangkan kes HIV dalam kalangan pelajar.

"Sehubungan itu, GPMS meminta semua pihak bagi bersama-sama memainkan peranan dalam memupuk kesedaran dan memahami isu ini dengan lebih mendalam," katanya lagi.

Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi di Parlimen mendedahkan peningkatan membimbangkan kes jangkitan HIV dalam kalangan pelajar berumur 18 hingga 25 tahun di institusi pengajian tinggi (IPT).

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, seramai 214 pelajar dari institusi awam dan swasta dilaporkan menghidap HIV pada 2020 diikuti 186 kes (2021), 221 kes (2022) dan 244 kes (2023).

Menerusi laporan media, Naib Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAC), Dr Dinesh Mahalingam berkata, kerajaan disaran menurunkan had usia saringan HIV dari 18 tahun kepada 16 tahun bagi memberi ruang pengesanan dan rawatan awal susulan peningkatan kes jangkitan virus itu dalam kalangan pelajar universiti.

Cadangan itu akan meningkatkan kualiti kesihatan dan menangani realiti generasi muda yang semakin terkesan dengan epidemik HIV.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.418577 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list