CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22629|Reply: 0

[Johor] Penganggur pukul kepala pelanggan pasar raya dipenjara 9 bulan

[Copy link]
Post time 11-7-2024 05:57 PM | Show all posts |Read mode


Abdullah Zubair (baju lokap ungu) diperintah menjalani hukuman penjara sembilan bulan kerana memukul pelanggan pasaraya. FOTO Alias Abd Rani
Batu Pahat: Penganggur yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini dipenjara sembilan bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan dengan memukul kepala dua pelanggan di sebuah pasar raya, Sabtu lalu.

Tertuduh, Abdullah Zubair Abdullah, 37, yang berhadapan dua pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mendatangkan kecederaan terhadap wanita berusia 47 tahun di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Parit Raja, di sini, pada 6.30 petang, 6 Julai lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perkara sama terhadap seorang lagi pelanggan berusia 22 tahun di lokasi dan tarikh sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua mangsa dengan seorang daripada mereka sedang memasukkan barang ke dalam but kereta didatangi tertuduh.

Tertuduh secara tiba-tiba memukul kepala kedua-dua mangsa menyebabkan kecederaan ringan, sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Sri Gading.

Lelaki yang masih bujang sebelum ini pernah dipenjara atas kesalahan berkait kes dadah dan memiliki bahan terlarang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili Kamarulariffin Nordin dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan bagi pertuduhan pertama, manakala lima bulan bagi pertuduhan kedua dan semua hukuman berjalan serentak.


Disiarkan pada: Julai 11, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48982 Replies : 26
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 4077 Replies : 3
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257005 Replies : 7116
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11042 Replies : 276
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47102 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 4892 Replies : 1
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 18896 Replies : 113

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.047703 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list