CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23423|Reply: 0

[Kedah] 320 aksesori motosikal diubahsuai dilupuskan

[Copy link]
Post time 11-7-2024 04:53 PM | Show all posts |Read mode
320 aksesori motosikal diubahsuai dilupuskan

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

11 Julai 2024 03:20pm








Fisol (kanan) melihat proses pelupusan aksesori motosikal diubahsuai di IPK Kedah pada Khamis.




ALOR SETAR - Polis Kedah melupuskan aksesori-aksesori motosikal yang diubahsuai pemilik ataupun penunggang motosikal hasil rampasan dalam tempoh enam bulan ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata, pelupusan itu melibatkan pelbagai item seperti ekzos,enjin, karburetor serta tayar tidak ikut spesifikasi ataupun ubahsuai.



Menurutnya, arahan pelupusan itu daripada pihak mahkamah di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986(Akta 333).

"Kita membuat sitaan item-item ubah suai motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (dengan) jumlah lebih 1,000 item.

"(Daripada jumlah keseluruhan harta rampasan), pagi ini kita ada 320 item yang telah mendapat Arahan Pelupusan daripada majistret," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada Khamis.

Beliau menambah, arahan pelupusan itu di bawah Seksyen 407 Kanun Prosedur Jenayah dengan kaedah pelupusan secara gelek dengan steamroller atau penggelek jalan.

Katanya lagi, proses pelupusan dilaksanakan mengikut panduan piawai untuk memastikan kepatuhan dengan undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan.
"Jadi, saya ingin tekankan kepada individu di luar terutamanya ibu bapa supaya memastikan motosikal digunakan anak-anak mereka tidak diubahsuai kerana ia satu kesalahan," katanya.

Beliau menasihatkan, semua pengguna jalan perlu mengikut semua undang-undang ditetapkan kerajaan dan menggunakan aksesori kenderaan yang standard sepertimana piawaian ditetapkan.

Fisol turut menasihatkan, orang awam supaya tidak terjebak dengan aktiviti rempit kerana ia boleh membahayakan diri sendiri dan mengganggu ketenteraman awam.

Katanya, pihak polis akan bertindak tegas dan tidak kompromi bagi membendung kegiatan rempit ini dan akan terus mengesan pemilik-pemilik motosikal yang diubahsuai ini.

Dalam perkembangan sama,beliau memaklumkan, jumlah kemalangan jalan raya di Kedah bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 menunjukkan sedikit peningkatan dengan 0.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Fisol berkata, jumlah kes kemalangan maut di Kedah mencatatkan penurunan sebanyak 8.6 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun 2024.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan pemanduan selamat, sekaligus berwaspada ketika memandu di jalan raya.

Sementara itu, Fisol memberitahu, pihaknya menahan enam lagi ahli Geng Capang yang dipercayai aktif melakukan jenayah pecah bangunan kerajaan dan sekolah sejak awal tahun ini.

Beliau menyifatkan, pihak polis berjaya menyelesaikan 25 kes pecah bangunan kerajaan dan sekolah dengan penahanan suspek terlibat.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.037286 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list