CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6902|Reply: 0

[Johor] Pelajar derita radang otak

[Copy link]
Post time 4-7-2024 05:38 PM | Show all posts |Read mode


UMAIRAH (dua dari kanan) bersama keluarga di Kampung Cahaya Masai di sini hari ini menerima lawatan daripada wakil jejak asnaf MAIJ, Mohd Nasir Ishak hari ini.

Pasir Gudang: "Sejak didiagnos radang otak, Nurul Umairah bukan saja tidak mengenali huruf malah turut berpelakuan seperti kanak-kanak hingga ia menimbulkan kebimbangan keluarga," kata ibu kepada lima cahaya mata, Nurul Azrah Hassan, 48.

Nurul Azrah berkata, keadaan anak keduanya, Nurul Umairah Muhammad Khair, 19, yang juga penuntut diploma peringkat akhir di Sekolah Vokasional Tanjung Puteri Johor Bahru masih belum stabil.

Menurutnya, keadaan itu mengakibatkannya anaknya tidak dapat meneruskan pengajian buat masa ini.

Katanya, anaknya pernah rebah dan mengalami beberapa simptom ketika berada di asrama sebelum keluarga menerima panggilan daripada pengurusan sekolah.

"Pada 6 Jun lalu dia memasuki Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebelum doktor mengambil air tulang belakang serta mengesahkan dia mengalami radang otak.

"Dia tidak kenal huruf selain juga tidak kenal rakan yang datang menziarahinya baru-baru ini.

"Nurul Umairah Masih perlu menjalani rawatan di HSA selain ujian tertentu bagi mengenalpasti punca penyakitnya itu sebelum menjalani rawatan sesuai," katanya.

Nurul Azrah berkata, dia berharap keadaan anaknya beransur pulih selain dapat melanjutkan pengajian supaya masa depannya lebih cerah.

Menurutnya, buat masa ini dia yang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta menyara keluarganya selain disokong saudara-mara.

"Kami juga masih menanggung empat anak yang bersekolah dan sewa rumah, apabila Nurul Umairah pula diuji sakit kami memang terasa kesannya kerana perlu kerap ke hospital.

"Suami, Muhammad Khir Masri, 48, merupakan orang kurang upaya (OKU) sejak kira-kira empat tahun lalu.

"Suami saya yang menjadi tukang rumah mengalami kemalangan ketika bekerja hingga tangan kirinya tidak berfungsi dan dia juga sudah memohon pencen ilat dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) namun gagal.

"Dia juga pernah cuba bekerja namun jatuh hingga pernah patah tulang bahu serta mengakibatkan keadaannya bertambah buruk," katanya.

Nurul Azrah berkata, sehingga kini pihaknya masih tidak pernah memohon sebarang bantuan selain hanya bergantung kepada pendapatannya kira-kira RM2,000.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan daripada wakil jejak asnaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Mohd Nasir Ishak di kediaman keluarga di Kampung Cahaya Baru, Masai di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Nasir berkata, pihaknya menyalurkan sejumlah sumbangan kepada keluarga Nurul Umairah selain barangan keperluan dapur.

"Kami juga mencadangkan keluarga berkenaan memohon bantuan sesuai daripada MAIJ.

"Kami berharap Nurul Umairah sembuh serta dapat mengalami kehidupan normal," katanya.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada Nurul Azrah menerusi akaun Public Bank miliknya di 4779621822.


Disiarkan pada: Julai 4, 2024 @ 2:14p



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyaman lagi'
ultra78'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyama
Views : 4758 Replies : 12
ICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Netanyahu
MahathirinaICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Neta
Views : 101 Replies : 0
Miss Universe 2024 - Miss Universe Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2024 - Miss Universe Thail
Views : 38387 Replies : 151
Rugi RM789 juta
maklukpenggodaRugi RM789 juta
Views : 29916 Replies : 13
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 10960 Replies : 280
Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan Perang Dunia III Sebelum Bapanya Angkat Sumpah
^CUN_GILA~.Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan
Views : 12090 Replies : 44
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 227164 Replies : 1787
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 235045 Replies : 6520
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 86911 Replies : 869
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 107664 Replies : 1750

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.123537 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list