CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8954|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: Kerajaan tawar rumah kepada penduduk diusir

[Copy link]
Post time 28-6-2024 08:59 PM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap: Kerajaan tawar rumah kepada penduduk diusir

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

28 Jun 2024 08:42pm








Calon Pakatan Harapan PRK DUN Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin (kiri) turut hadir ke perjumpaan bersama penduduk Kampung Makau Suah.




SUNGAI BAKAP - Kerajaan Pulau Pinang menawarkan rumah mampu milik kepada 21 keluarga di Kampung Makau Suah di sini, yang diminta mengosongkan rumah mereka sebelum Ahad ini.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, tawaran itu diberikan atas dasar ihsan terhadap mangsa yang didakwa tiada tempat bergantung setelah menetap di perkampungan itu sejak 50-an sebelum diminta kosong oleh pemilik tanah.



Menurutnya, sebuah rumah mampu milik bernilai RM42,000 di Taman Puteri Gunung ditawarkan kepada penduduk yang terjejas secara terus berbanding sebelum ini perlu membuat permohonan dan menunggu giliran.
"(Bantuan) bukan sebab Pilihan Raya Kecil (PRK), tetapi kebetulan ada PRK ketika ini, kerajaan hanya sekadar membantu memandangkan tanah ini milik persendirian.
"Kerajaan tawar rumah mampu milik ini dengan bayaran 10 peratus deposit dengan anggaran RM4,200 perlu disediakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika meninjau permasalahan yang dihadapi penduduk di Kampung Makau Suah di sini pada Jumaat.


Sundarajoo (kanan) menyantuni penduduk Kampung Makau Suah yang berdepan tindakan pengosongan tanah.




Hadir sama, Exco Perumahan dan Alam Sekitar, Datuk Seri S Sundarajoo dan calon Pakatan Harapan PRK DUN Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin.


Menurut Mohamad, notis tuntutan awal pengosongan diterima beberapa hari lalu dengan pampasan dimaklumkan akan diberikan sebanyak RM3,000.

Sementara itu, Sundarajoo berkata, satu perjumpaan akan diadakan bersama tuan tanah sebagai rundingan meningkatkan jumlah pampasan sekiranya dibenarkan, bagi membantu penduduk menyediakan deposit bagi pembelian rumah mampu milik yang ditawarkan kerajaan.

"Kita juga akan memohon supaya notis pengosongan tanah pada Ahad ini dibatalkan, memandangkan ada cadangan penyelesaian daripada pihak kerajaan negeri.

"Sekiranya kesemua 21 keluarga ini bersetuju untuk membeli rumah yang ditawarkan, kita akan percepatkan proses pemilikan," katanya.


Antara penduduk Kampung Makau Suah yang hadir meluahkan masalah tindakan pengosongan oleh pemilik tanah.




Selain itu, Nordin Hassan, 66, berkata, penduduk resah sebaik sahaja mendapat perkhabaran tentang notis pengosongan di rumah yang diduduki sejak tahun 1991 itu setelah berkahwin dengan isterinya yang merupakan penduduk asal kampung berkenaan.

"Kami berada lega apabila masalah kami mendapat perhatian kerajaan negeri, harap ada penyelesaian selepas ini,"katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.053132 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list