CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4685|Reply: 0

[Kedah] Aplikasi THiJARI selamat digunakan

[Copy link]
Post time 28-6-2024 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Aplikasi THiJARI selamat digunakan

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

28 Jun 2024 12:09pm




Zulkifli (tengah) merasmikan Majlis Pelancaran Fasa 2 Projek Tuisyen Rakyat Anak Kedah (Pintar) Koperasi Anak Kedah Berhad pada Jumaat.




ALOR SETAR - Perkhidmatan aplikasi THiJARI milik Lembaga Tabung Haji (TH) terbukti selamat digunakan pendeposit akaun simpanan TH tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, tiada bukti aplikasi THiJARI digodam sehingga menyebabkan pendeposit kehilangan wang simpanan.



Beliau memaklumkan, pihak TH bagaimanapun telah membuat inisiatif tambahan untuk memperkukuhkan aplikasi tersebut.

"Kita menerima setakat ini (sehingga) Mei, (sebanyak) 222 aduan dan semuanya scammer dan juga melibatkan kecuaian pendeposit.

"(Sehubungan itu) ada beberapa peningkatan yang kita lakukan, seperti mana kita membuat beberapa pembaharuan kepada THiJARI," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Fasa 2 Projek Tuisyen Rakyat Anak Kedah (Pintar) Koperasi Anak Kedah Berhad di sini pada Jumaat.

Zulkifli menambah, terdapat langkah-langkah keselamatan diambil untuk memastikan wang simpanan pendeposit dalam keadaan selamat.

"Apa pun langkah keselamatan, tetapi ia bergantung kepada pendeposit sendiri (tidak terpedaya scammer)," katanya.




Sehubungan itu, kongsi beliau, pihaknya terus berusaha memberikan kefahaman dan maklumat kepada pendeposit supaya mereka tidak menyerahkan maklumat ataupun menekan link scammer.

Menurut Zulkifli, pihaknya turut bekerjasama dengan semua pihak termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menangani isu tersebut.

Pada Khamis, Zulkifli ketika menjawab pertanyaan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) mengenai kehilangan wang dalam akaun simpanan TH pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat menegaskan tiada bukti yang mengesahkan perkhidmatan aplikasi THiJARI telah digodam sehingga menyebabkan pendeposit kehilangan wang simpanan.

Beliau berkata, siasatan TH sebaliknya mendapati pendeposit yang kehilangan wang dalam akaun disebabkan menjadi mangsa kepada aktiviti scammer.

Zulkifli berkata, mereka diperdaya melalui pelbagai cara antaranya tawaran pulangan pelaburan yang tinggi, menekan pautan fail aplikasi (APK), memberi kata laluan dan kod TAC (kod pengesahan transaksi) semasa dihubungi scammer.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.042576 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list