CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11416|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiga generasi masak 10,000 pek mi goreng sotong percuma 24 jam

[Copy link]
Post time 23-6-2024 01:50 AM | Show all posts |Read mode
Tiga generasi masak 10,000 pek mi goreng sotong percuma 24 jam

22 Jun 2024 11:57pm








Program 'Most Mee Goreng Sotong Giveaway' dijalankan selama 24 jam bermula 5 petang Sabtu hingga 5 petang Ahad. Foto Bernama




GEORGE TOWN - Padang Kota Lama di sini bagaikan ‘pesta mi goreng sotong’ apabila Young Muslim Sports Club (YMSC) bersama Seeni Food & Beverage Sdn Bhd kini dalam percubaan mencatat rekod Malaysia Book of Records (MBOR) dengan memberikan 10,000 pek mi percuma kepada orang awam.

Presiden YMSC, Munowar Sadiq MKE Kader Sultan berkata, program 'Most Mee Goreng Sotong Giveaway' dijalankan selama 24 jam bermula 5 petang tadi hingga 5 petang esok.



"Dalam satu jam, kita nak sasar 500 pek jadi 10 jam 5,000 pek dan dalam 20 jam sebanyak 10,000 pek sementara kita sasar untuk habis dalam masa 20 jam. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan 16,000 pek berjaya dicapai dalam satu jam sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di Padang Kota Lama di sini pada Sabtu.

Lebih menarik perhatian, tukang masak mi goreng sotong tersebut terdiri daripada tiga generasi iaitu Sheik Abidin Akm Mustaffa, 80, anaknya Seeni Mohamed Sheik Abidin, 47, dan cucu Syed Muhammad Hafiz Seeni Mohamed, 24.

Munowar Sadiq berkata, program itu merupakan idea cetusan Syed Muhamad Hafiz dan perbelanjaan keseluruhan menelan hampir RM100,000.

"Untuk 10,000 pek ini kita belanja habis RM100,000, untuk mi goreng sahaja RM50,000. Satu peket mi, RM4 hingga RM5 dan kita bagi sarbat (minuman) sekali, baki RM50,000 dibelanjakan untuk permit, khemah, peralatan, sistem bunyi dan sebagainya," katanya.

Program 'Most Mee Goreng Sotong Giveaway' mendapat sambutan hangat pengunjung yang mengambil peluang untuk menikmati mi goreng sekali gus membantu mencipta rekod berkenaan

Usahawan, Nur Azira, 33, berkata. mi goreng sotong itu memang telah lama menjadi perhatian orang ramai.




"Mi dia memang ‘meletup’, pedas memang cukup, rasa memang sedap, jadi kami mai sini memang nak sokong (cipta rekod) Book of Record ini la," katanya.

Tahun lepas, YMSC telah mencipta rekod MBOR dengan melukis Mural Jalur Gemilang terpanjang di Malaysia iaitu sepanjang 541 meter di tembok Jalan Tanjong Bungah di sini. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.218291 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list