CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7804|Reply: 0

[Pulau Pinang] Guru SK Jeram cedera nahas di Rompin beransur pulih, ada sudah kembali bertugas - Fadhlina

[Copy link]
Post time 23-6-2024 12:32 AM | Show all posts |Read mode
Guru SK Jeram cedera nahas di Rompin beransur pulih, ada sudah kembali bertugas - Fadhlina




BERNAMA - Jun 22, 2024 @ 11:06pm





Empat maut dan 35 cedera dalam kemalangan membabitkan bas persiaran membawa rombongan SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu pada 9 Jun lalu. - NSTP/FOTO FAIL




NIBONG TEBAL: Kebanyakan guru terbabit dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin, Pahang, pada 9 Jun lalu, beransur pulih dan ada sudah kembali bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram di Masjid Tanah, Melaka.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata meskipun nahasberkenaan melibatkan ramai guru dan kakitangan kumpulan pelaksana, ia tidak menjejaskan operasi di sekolah.

"Tindakan segera telah diambil oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan lancar," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-68 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong, di sini hari ini.

Pada masa sama, Fadhlina menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri, JPN Melaka dan Pahang serta semua pihak atas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan.

Dalam nahas itu, empat maut, manakala 35 lagi cedera selepas bas yang dalam perjalanan membawa rombongan SK Jeram ke Terengganu untuk program penanda aras, terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan merempuh sebuah treler.

Mangsa yang maut ialah Penolong Kanan SK Jeram, Hasnatul Adilah Hassan, 48; pemandu kedua bas, Hadi Asyraf Mad Idris, 29; pembantu operasi sekolah, Hamzah Ahmad, 60, dan guru, Dahlia Ahmad, 52.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.526152 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list