CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5321|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kesantunan berbahasa rakyat perlu dipertingkat - Fadhlina

[Copy link]
Post time 22-6-2024 08:24 PM | Show all posts |Read mode
Kesantunan berbahasa rakyat perlu dipertingkat - Fadhlina

22 Jun 2024 07:18pm








Fadhlina (tengah) menunjukkan buku Kesaktian Lidah Rakyat yang dirasmikan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-68 DBP di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong pada Sabtu. Foto Bernama




NIBONG TEBAL - Kesantunan berbahasa dalam perbualan seharian rakyat negara ini harus dipertingkatkan bagi memelihara dan menghormati keindahan bahasa Melayu, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu bukan sahaja dilihat dalam konteks memartabatkannya sebagai bahasa kebangsaan semata-mata, tetapi juga menjaga adab dan tatasusila dengan menuturkan kata-kata yang baik dalam setiap perbualan terutama di media sosial.



"(Kesantunan) dalam konteks perbualan harian kita ialah saling menghormati melalui penggunaan bahasa yang sesuai dan baik seperti kata orang utara, 'cakap baik-baik sikit'.

"Inilah perlambangan kita sebagai orang yang mempunyai sopan santun dan budi bahasa yang tinggi," katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-68 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, tema sambutan ulang tahun DBP iaitu 'Kesaktian Lidah Rakyat' juga dilihat amat signifikan dengan organisasi itu dan bertepatan dengan perjuangannya dalam memartabatkan, mempertahankan serta meningkatkan kedudukan istimewa bahasa Melayu.

Menurutnya, dalam usia 68 tahun, DBP telah merentas masa melaksanakan fungsi serta tanggungjawabnya sebaik mungkin meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan diharap institusi itu akan terus kuat, jujur serta berintegriti dalam usahanya memartabatkan bahasa kebangsaan seiring dengan perkembangan dunia.

Fadhlina turut memberi jaminan dan keyakinan bahawa bahasa Melayu akan terus dipertahankan, malah komitmen penuh akan diberikan terhadap usaha DBP dalam menyebarluaskan dan mendaulatkan kesusasteraan Melayu bukan saja dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa.

Sebagai menyokong usaha itu, beliau berkata, pihaknya buat pertama kali membawakan acara sambutan itu ke sekolah bagi mendekatkan DBP dengan rakyat.




"Kita semua merasai kepentingan bahasa (Melayu) dan mahu semua pihak tahu bahawa kita ada mandat dan amanat yang cukup penting untuk mempertahankan, memperjuangkan dan memartabatkan bahasa Melayu,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu Fadhlina turut melancarkan Program Majalah Dalam Kelas Kembali ke Sekolah Peringkat Kebangsaan dan Buku Antologi Kumpulan Puisi dan Esei Kesaktian Lidah Rakyat.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Dr Anwar Ridhwan dan Ketua Pengarah DBP, Dr Hazami Jahari. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.592307 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list