CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6148|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap lubuk rezeki peniaga

[Copy link]
Post time 22-6-2024 04:27 PM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap lubuk rezeki peniaga


Nur Izzati Mohamad[email protected]




Peniaga minuman dan kacang, Mohd Sudirman Mohd Shukri, 48  membuat persediaan di gerainya ketika ditemui di Tapak Niaga Medan Selera Jawi  berhampiran Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Nibong Tebal. FOTO Nur Izzati Mohamad





Nibong Tebal: Hari penamaan dan kempen mana-mana pilihan raya dijadikan kesempatan buat sebilangan peniaga untuk menambah pendapatan melalui perniagaan yang diusahakan mereka.

Peniaga minuman dan kacang, Mohd Sudirman Mohd Shukri, 48, berkata dia yang berasal dari Alor Setar, Kedah sanggup memandu lebih 100 kilometer (km) ke Sungai Bakap dengan ditemani anaknya, Muhammad Danish Fakhrul ,15.

Katanya, dia akan berniaga setiap kali mengetahui mana-mana kawasan mengadakan pilihan raya.

"Boleh dikatakan setiap kali ada pilihan raya saya akan sampai walaupun jauh sekalipun. Macam baru-baru ini ketika PRK DUN Kuala Kubu Bharu di Kuala Selangor saya turut berniaga di sana kerana menganggap itu adalah peluang menambah pendapatan.

"Memang dah jadi rutin saya dan tidak akan melepaskannya apabila tahu saja ada pilihan raya (mana-mana kawasan), saya akan sampai," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Sudirman membuat persiapan dengan anaknya membuka gerai kecil menjual air minuman dan kacang yang terletak tidak jauh dari Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Sementara itu, peniaga baju, Zaidi Ishak, 49, berkata, dia yang berasal dari Kuala Lumpur turut tidak mahu melepaskan peluang untuk turut berniaga.

"Saya memang menjadikan kempen-kempen pilihan raya untuk ambil kesempatan berniaga. Kini sudah seminggu saya berada di Sungai Bakap.

"Di sini (PRK Sungai Bakap) saya sasar jual baju termasuk 'vest', topi dan mafla sehingga RM100,000," katanya.

Katanya, sehingga hari ini baju yang terjual adalah sebanyak 500 helai.



Disiarkan pada: Jun 22, 2024 @ 3:52pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.196120 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list