CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3549|Reply: 0

[Perlis] Boleh beri daging korban untuk bukan Islam yang tidak memusuhi Islam– Mufti Perlis

[Copy link]
Post time 22-6-2024 01:55 AM | Show all posts |Read mode
Boleh beri daging korban untuk bukan Islam yang tidak memusuhi Islam– Mufti Perlis

Oleh Aizat Sharif - Jun 22, 2024 @ 12:05am[email protected]





Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-68/2024 baru-baru ini. - Foto media sosial Mufti Perlis.





KANGAR: Daging korban Aidiladha boleh diberikan kepada golongan bukan Islam yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Islam.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, keputusan berkenaan adalah antara keputusan yang dicapai ketika Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-68/2024 baru-baru ini.

"Daging korban boleh diberikan kepada golongan bukan Islam yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Islam.

"Ia termasuk dalam muamalah baik yang dianjurkan terutamanya jika mereka dari dalam kalangan ahli keluarga, jiran dan golongan miskin," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.

Katanya, keputusan berkenaan juga mengambil kira keutamaan kepada orang Islam.

"Ini dengan mengambil kira keutamaan kepada orang muslimin dan keputusan ini bakal diangkat kepada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis," katanya.

Sebelum ini, infografik dikongsikan di laman sosial Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memetik sumber daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa Mazhab Syafie menyatakan tidak dibolehkan berbuat demikian kerana korban adalah ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bagaimanapun seandainya dalam komuniti masyarakat di sesebuah tempat itu terdapat jiran bukan Islam dan mereka dikenali dengan sifat baik serta keramahannya terhadap masyarakat Islam, maka dibolehkan untuk diberikan daging korban tadi kepada mereka seandainya terdapat lebihan.

Namun, jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka perlu didahulukan umat Islam setempat yang lebih memerlukan.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.049371 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list